Latihan Pusat Skuad Futsal Wanita

Latihan pusat skuad futsal wanita akan dimulakan pada 17 hingga 22 Ogos ini dimana seperti dijangka, apabila enam pemain dari dua pasukan teratas Liga Futsal Kebangsaan 2015 iaitu Selangor dan Felda United menjadi pilihan barisan kejurulatihan. Ketua pasukan Selangor, Rina Jordana dan penggempur berbisa Felda United, Farahiyah Ridzuan antara nama yang terpilih.

Latihan pusat ini adalah persiapan bagi menghadapi saingan Kejohanan Futsal AFC di Nilai pada September ini. Skuad negara yang diundi bersama-sama Iran, Uzbekistan dan Hong Kong dilihat mampu menjadi ''Silent Killer'' pada kejohanan yang julung kali diadakan ini.

Ketua jurulatih skuad wanita, Chiew Chun Yong menegaskan bahawa latihan ini akan dapat memberikan gambaran awal terhadap keadaan fizikal serta persembahan pemain yang dipilih setelah hampir 2 bulan mereka tidak beraksi secara kompetitif selepas tamat saingan Piala Futsal Kebangsaan 2015 pada berakhir Jun lalu.

Beliau yang ditemubual krew Arena Futsal Malaysia (AFM) ingin menjadikan latihan pusat ini sebagai medan kepadanya untuk mencari serta mempraktikkan beberapa taktikal untuk diimplementasikan terhadap pasukan bagi persediaan ke kejohanan berprestij di Asia itu dan mengharapkan senarai pemain yang dipanggil ini dapat cepat menyesuaikan diri dengan taktikal yang akan diterapkan nanti.

Jurulatih yang mempunyai nama besar dalam arena futsal di negara ini beranggapan bahawa beliau sangat yakin dengan kemampuan pemain yang dipilih untuk membawa cabaran mewakili skuad negara. Selain dari menyesuaikan diri dengan taktikal yang direncanakan, mentaliti dalam diri setiap pemain turut dititikberatkan.

"Mereka perlu tahu dan sedar bahawa kejohanan AFC dan corak permainan antarabangsa adalah berlainan jika dibandingkan dengan saingan liga tempatan, maka latihan kali ini akan memberikan pemahaman kepada mereka bahawa tugas berat menanti mereka nanti dan semua pemain perlu menunjukan karakter yang positif",ujar beliau lagi.

Diberitakan 5 pemain lain akan dipanggil pada latihan fasa kedua bagi menggantikan 5 pemain yang terpilih untuk fasa kali ini.

Berikut adalah senarai 20 pemain yang dipanggil untuk sesi pertama ini :
1) Fatin Shahida Binti Azmi (MPSJ)
2) Nur Shazreen Binti Munazli (MPSJ)
3) Dadree Rofinus (Sabah)
4) Usliza Binti Usman (Sabah)
5) Siti Asnidah Binti Zamri (Selangor)
6) Sity Norazizah Binti Jamal (Selangor)
7) Rina Jordana Binti Adnan (Selangor)
8) Nur Izzati Binti Khairudin (Selangor)
9) Amirah Farah Binti Mohd Fahmi (Selangor)
10) Farhana Binti Abdullah (Selangor)
11) Siti Noor Halimi Binti Hussain (Felda United)
12) Noor Asyikin Binti Mohamad Noor (Felda United)
13) Nurul Atiqa Binti Zaifulizan (Felda United)
14) Farahiyah Binti Muhd Ridzuan (Felda United)
15) Norhawa Binti Md Yassin (Felda United)
16) Zawani Nisha Binti Habib Rahman (Felda United)
17) Nurul Izzati Binti Zainol (Kedah)
18) Nur Aisyah Binti Mohd Tahir (Perak)
19) Nur Haniza Binti Sa'arani (Perak)
20) Masyita Binti Mohd Tajib (Kuala Lumpur)