LA Galaxy Terapkan Futsal Di Akademi Bola Sepak Mereka

Banyak kelab-kelab di serata dunia mula menerapkan cara permainan futsal ketika bermain bola sepak. Antaranya pasukan yang bermain di Major League Soccer's, Amerika Syarikat, pasukan LA Galaxy. Pasukan ini telah menerapkan cara bermain futsal terutama di Akademi mereka dan ini membantu untuk meningkatkan mutu permainan pemain-pemain muda mereka.

Antara pemain Akademi yang berlatih di sana adalah Leo Sepulveda, 16. Dia kini beraksi bersama U-19 LA Galaxy dan pasukan U18 Kebangsaan A.S dan merupakan seorang daripada pemain yang beralih daripada futsal ke bola sepak.

Foto : https://www.lagalaxy.com/post/2018/05/24/how-futsal-helping-forge-next-wave-la-galaxy-stars

Leo Sepulveda mengatakan bahawa bermain futsal telah membantunya menjadi lebih cepat membuat keputusan dan meningkatkan sentuhan terhadap bola.

Because the spaces are so much smaller, you have to know what you're doing before you get the ball. When you get back on the big pitch, you feel more comfortable because you have more space. With the techniques you've learned through futsal, you're technically more sound, and your brain thinks faster."

Banyak sebenarnya bintang terkenal bola sepak telah membuktikan pentingnya futsal kepada mereka. Antara pemain memulakan karier dengan bermain futsal seperti Mo Salah, Christiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar Jr, Philippe Coutinho dan Andres Iniesta.