KSC Dipilih Anjur DEFC 2017

Kelab Sukan Kartallar Pantai Sepang Putra (KSC) berbangga dipilih sebagai tuan rumah Darul Ehsan Futsal Cup International (DEFC) yang akan berlangsung dari 12 hingga 16 Julai 2017. Memahami kepentingan dalam mengembangkan sektor pelancongan sukan untuk ekonomi negara, kejohanan yang akan berlangsung buat julung kalinya amat penting kerana melibatkan komuniti futsal dari pelbagai negeri dan negara.

Ini adalah salah satu Kejohanan Futsal Antarabangsa yang terbesar di Malaysia, melibatkan pasukan dari Australia, Taiwan, China, Brunei, Pakistan, Indonesia Amerika Utara/Selatan, Eropah dan juga pasukan-pasukan tempatan dari Selangor, Kuala Lumpur, Johor Kelantan dan Sarawak. Kejohanan ini hanya terbuka untuk pasukan-pasukan naungan International Futsal Alliance dan Vikings Futsal Sarawak & Borneo.

DEFC 2017 akan berlangsung selama lima hari, dengan 12 pasukan bersaing untuk kategori bawah-17 lelaki dan 4 pasukan bagi kategori bawah-17 wanita.

RHR Hotel Uniten akan menjadi kediaman rasmi untuk pasukan-pasukan antarabangsa yang terlibat dan kejohanan ini akan berlangsung di Uptown Sports Bangi. Arena Futsal Malaysia pula merupakan rakan media rasmi. Jenama-jenama futsal ternama di Malaysia seperti Futsalista MY, KSC Sports dan Buceros juga turut terlibat sebagai jenama rasmi kejohanan.

Segala informasi mengenai DEFC 2017 anda boleh dapati di Darul Ehsan Futsal Cup International (Facebook) dan www.arenafutsal.my. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 0182571369 atau menerusi e-mail defc@kartallarsc.com.