KL City Kekal Dengan Misi "Build To Compete"

Kebanyakan pasukan bertungkus-lumus melengkapi barisan pemain mereka yang terbaik dalam perlawanan liga musim ini.

Kelihatan beberapa pasukan yang telah memulakan sesi latihan mereka. Antaranya, Perak FA, Selangor MAC dan Kuala Lumpur.

Foto : Instagram Jerry Dinesh

Berlainan pula dengan pasukan yang dikendalikan oleh Coach Jerry Dinesh iaitu KL City. Dia amat terperinci dalam pemilihan pemain untuk mendapatkan pemain yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Menurut Coach Jerry, mereka telah menjalani 12 kali sesi pemilihan sebelum ini dan selepas pemain dipilih mereka bakal beralih ke fasa latihan intensif.

Foto : Instagram Jerry Dinesh

Walaubagaimanapun, Coach Jerry turut meluahkan rasa kecewa kerana pasukannya terpaksa melepaskan beberapa pemain bintang mereka dek kerana bajet pasukan yang tidak mencukupi.

“Tetapi, kami turut berasa teruja kerana kami akan memperkenalkan beberapa pemain muda dan baru ke peringkat professional. Mereka tiada pengalaman bermain di LFK”, kongsinya.

“Ini menyentuh terus falsafah kami, "Build to Compete!", tambahnya lagi.

Berkongsi mengenai target pasukan musim ini.

“Pasukan kami mampu kekal di Liga Pro pun dah cukup bermakna buat kami”, katanya.