"Ketiadaan wakil Malaysia satu kerugian" Azrul Hadee

Kejohanan AFF Club futsal adalah antara satu kejohanan yang harus kita berikan tumpuan. Walaupun baru memasuki edisi kedua pada tahun ini namun ia adalah satu kejohanan peringkat antarabangsa yang mampu memberikan impak yang tinggi buat pasukan yang menyertainya. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kesatuan Bola Sepak Asean (AFF).

Pada edisi pertama tahun lalu satu sejarah telah tercipta apabila wakil Malaysia berjaya melayakkan pasukan untuk menyertai kejohanan ini dan lebih membanggakan lagi mereka berjaya ke pusingan akhir namun akur dengan kekalahan kepada pasukan Thaiport FC dari Thailand.

Walaupun tewas namun kita dapat lihat pasukan dari Malaysia mampu untuk bersaing di peringkat lebih tinggi. Pada edisi kedua tahun ini kejohanan ini akan berlangsung di Nay Pyi Daw , Myanmar bermula 10 hingga 16 Julai ini. namun satu kerugian buat kita apabila tiada wakil Malaysia akan bertanding pada edisi kedua kali ini kerana ketiadaan liga yang berlangsung pada tahun ini.

Mengulas mengenai isu ini, Azrul Hadee berkata bahawa ketiadaan wakil Malaysia di kejohanan AFF club ini boleh dikatakan sebagai satu kerugian yang besar buat kita semua. Beliau yang membantu pasukan Felda United mendapat tempat kedua di kejohanan ini tahun lalu akur dengan keputusan ini.

1917

"Saya melihat kejohanan ini dapat membantu para pemain untuk mengembangkan bakat mereka untuk bermain di peringkat lebih tinggi, pentas kejohanan seperti ini peluang untuk para pemain dipantau oleh jurulatih-jurulatih di luar sana".

tambahan beliau

"peluang seperti ini harus diambil, walaupun bukan di peringkat Asia tetapi jika dapat bermain dengan kelab luar diperingkat Asia Tenggara sudah dikira satu pencapaian yang baik. Bukan senang untuk kita bermain dengan pasukan-pasukan ini" ujar Hadee.

1925

Pada edisi kedua ini sebanyak 5 pasukan akan bertanding bagi kedua-dua kategori untuk merebut kejuaraan pada kali ini dimana pasukan Thaiport FC dari Thailand akan turun mengekalkan kejuaraan bagi kategori lelaki manakala pasukan Thai Son Nam Dist. 8 FC akan turun untuk mengekalkan kejuaraan bagi ketegori wanita.

Menarik pada edisi kali ini adalah kehadiran wakil Indonesia pasukan Black Steel Manokwari dan akan beraksi setelah penggantungan Indonesia daripada bola sepak antarabangsa kerana campur tangan kerajaan ke atas persekutuan bola sepak negara telah ditamatkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Senarai pasukan yang akan beraksi di AFF Club Championship 2016

Kategori lelaki

1. Thaiport FC (THA)
2. Black Steel Manokwari (IND)
3. MIC FC (MYA)
4. Thai Son Nam FC (VIE)
5. Lanexang United (LAO)

Kategori Wanita

1. Thai Son Nam Dist. 8 FC (VIE)
2. NA Khonsawan FC (THA)
3. Bangkok FC (THA)
4. Jaya Kencana Angels (IND)

Credit Photo : AFF