Ketahui 5 Artis Malaysia Kahwin Pemain Bola Sepak & Futsal. Eh! Yang Last Tu!

Rasanya artis bercinta dengan pemain bola dah tak asing lagi kat Malaysia ni. Artis bercinta dengan pemain bola pun dah jadi macam trend dah. Termasuklah pemain bintang negara kita Safawi Rasid dan Akhyar Rashid. Tapi, itulah geng. Cinta itu saling melengkapi. Tidak ada pasangan yang sempurna, yang ada hanyalah pasangan yang saling menyempurnakan. Tiiiiberr!

Jadi, jom kita tengok siapa 5 artis tu.

  1. Didie Alias & Norisham Ismail

Siapa tak kenal Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Binti Mohd, kalau melawak confirm tak kering gusi. Dia adalah pelakon terkenal di era 90-an. Jadi, wajar jugalah kalau generasi muda sekarang kurang kenal dia ni. Pada tahun 2009, Didie Alias disunting oleh bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan iaitu Norisham Ismail.

Ada yang masih ingat program TV, Sehati Berdansa? Haa dorang pernah sertai program tu dan meraih tempat ketiga. Program TV tersebut menyaksikan pasangan selebriti menari bagi mendapatkan dana untuk badan kebajikan.

  1. Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Binti Che Wan, cantik manis orangnya. Jangan tak tahu, dia adik kepada pelakon jelita tanah air, Rozita Che Wan. Dia menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2011 bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Bin Abdul Radzak.

Ketika Zaquan Adha bermain untuk Negeri Sembilan sekitar tahun 2006 sehingga 2011, saya masih lagi di bangku sekolah. Masa tu, rela la tak buat homework sebab nak tengok perlawanan Zaquan Adha dengan kembar dia, Aidil Zafuan. Pastu, esoknya pergi sekolah salin jawapan kawan. Opsss!

  1. Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Kalau ada yang layan cerita TV3, mesti familiar dengan drama Hati Perempuan lakonan mantap antara Mia Ahmad dengan Saharul Ridzwan. Samihah Binti Ahmad Saberi anak kelahiran Taiping, Perak menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2012.

Pada tahun 2017, dia mengakhiri kehidupan singlenya bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi. Mereka dikurniakan 2 orang anak, lelaki dan perempuan.

4. Eyra Hazali & Haziq Nadzli

Fuhh! Pasangan ini, meletup-letup ya tahun lepas. Mana tidaknya, mereka tamatkan zaman bujang di usia yang sangat muda. Nak ikutkan, biasa je umur tu. Tapi, saya ketika di umur Eyra tu, masih lagi terloncat-loncat tak tahu apa erti kehidupan sebenar. Banyak habiskan masa dengan assignment je masa tu.

Hazirah Qasdina binti Hazali sah menjadi isteri kepada Muhammad Haziq bin Nadzli pada 1 November 2019 dengan sekali lafaz. Alhamdulillah!

  1. Niena Azman & Rody Kristal

Kalau 4 senarai di atas, artisnya adalah pelakon dan perempuan. Tapi, ini sebaliknya. Menarik untuk dikongsikan sebab isterinya penjaga gol futsal dan suaminya gitaris utama kumpulan Kristal. Nur Izwani Binti Azman atau nama komersial di Instagram, Niena Azman merupakan penjaga gol futsal kebangsaan dan kini turut melatih futsal di Academia de Futsal dan Putra Ria FC.

Manakala, Rody atau nama sebenar Mohd Rodi Bin Baharudin merupakan gitaris utama sejak penubuhan kumpulan itu sekitar tahun 1999 lagi. Pada 27 April 2018, mereka sah menjadi suami dan isteri.