Kepakaran Anak Tempatan Ditagih Kelab Thailand

Selepas dihujani pelbagai masalah serta kekalutan dalam penganjuran Liga Futsal Kebangsaan 2016, anak Malaysia mendapat perhatian sebuah pasukan di Thailand apabila jurulatih skuad wanita negara, Chiew Chun Yong telah dilantik menjadi jurulatih pasukan Victory City FC yang akan bersaing dalam pusingan kelayakan untuk melayakkan diri ke Liga Futsal Thailand.

Dalam pada itu, 2 pemain yang tidak asing lagi dalam kancah futsal negara iaitu Khairul Effendy Bahrin atau lebih dikenali sebagai 'Ayon' dan Fadzil Karnim yang lebih mesra dengan dengan panggilan 'Adik' turut serta dipanggil bagi memperkuat pasukan tersebut.

13495171_10209304498719739_1369560120731669160_n

Sekiranya Victory City FC berjaya melayakkan diri ke saingan liga tersebut, pihak pengurusan tertinggi pasukan membayangkan bakal membawa masuk beberapa pemain dari Jepun, Vietnam atau Korea Selatan.

Chiew Chun Yong akan dibantu oleh 2 orang pembantu jurulatih dari Thailand yang juga merupakan Penasihat Teknikal dari Thailand FA dan seorang lagi merupakan ketua jurulatih bawah 17 tahun kebangsaan Thailand.

13508972_10209304497119699_2352614564913746425_n

Menurut beliau lagi, pasukan ini terdiri daripada 5 orang pemain bawah 18 tahun Thailand sebagai salah satu syarat dalam liga tersebut dan mereka bakal bergandingan beberapa pemain senior.

"Saya juga masih lagi membuat pemerhatian terhadap beberapa orang pemain yang berkualiti untuk diserapkan dalam pasukan". Ujar beliau yang juga merupakan bekas pemain futsal kebangsaan.

Diharapkan dengan langkah permulaan ini dapat melihatkan penglibatan ramai lagi pemain negara yang dapat bersaing di liga Thailand dalam mengembangkan bakat mereka kerana sedia maklum liga di negara gajah putih tersebut sangat kompetitif.

Selamat maju jaya buat Chiew Chun Yong , Ayon dan Adik. Ternyata bakat anak tempatan tidak wajar diperlekehkan.