Kenapa Malaysia Mampu Kejutkan Vietnam Separuh Akhir AFF HDBank 2017

Apakah Mampu Malaysia Tewaskan Vietnam Separuh Akhir AFF HDBank 2017

Keputusan sebelum ini perlawanan antara Malaysia dan Vietnam pada saingan AFF dari tahun 2005

2005 Vietnam 1 - 6 Malaysia
2006 Vietnam 4 - 9 Malaysia
2007 Vietnam 5 - 6 Malaysia
2008 Vietnam 2 - 3 Malaysia
2010 Vietnam 0 - 2 Malaysia
2012 Vietnam 7 - 2 Malaysia
2013 Vietnam 2 - 1 Malaysia
2014 ** Tiada Perlawanan Melibatkan Vietnam vs Malaysia
2015 Vietnam 5 - 6 Malaysia
2016 ** Tiada Pasukan Vietnam
2017 Vietnam X - X Malaysia

Mengikut statistik Malaysia menang 6 perlawanan dari 8 pertemuan pada saingan AFF dari tahun 2005. Akan tetapi harus di ingat Vietnam mula mengorak langkah dari tahun 2010 dan pasukan mereka berjaya menempatkan diri pada Piala Dunia 2014 di Bangkok Thailand.

Malah mereka juga telah melakukan persiapan untuk kejohanan ini apabila mereka bermain CFA International Tournament bersama pasukan China, Netherlands dan Crotia. Sedikit sebanyak membantu persiapan pasukan Vietnam.

Berdasarkan rekod diatas, kita tidak boleh memandang rendah pasukan Vietnam. Apatah lagi mereka adalah pasukan berstatus Piala Dunia dan dibimbing oleh jurulatih yang cukup berpengaruh iaitu Miguel Rodrigo dari Sepanyol. Miguel Rodrigo yang juga bekas jurulatih Jepun kini begitu jitu memperkasakan pasukan Vietnam. Sudah tentu sasaran mereka untuk layak sekali lagi ke Piala Dunia.

Stadium Phu Tho merupakan gelanggang keramat mereka bakal menjadi saksi perlawanan yang dijangka begitu sengit nanti. Kali terakhir pertemuan kita berjaya mengikat pasukan Vietnam 1 - 1 pada Kuala Lumpur 2017 Sukan Sea yang lepas.