Kenali Pemain Skuad Futsal Wanita Kebangsaan

Setelah hampir 7 bulan tiada aksi mahupun latihan buat skuad futsal wanita kini mereka kembali dengan pasukan yang berwajah baru.

Skuad futsal wanita kali ini dilatih oleh jurulatih yang baru iaitu Coach Addie Azwan. Beberapa pemain baru turut dipanggil sertai kem latihan pusat pertama bagi skuad futsal wanita kali ini.

Mereka kini dalam persediaan menjelang Kejohanan Futsal AFC 2018 yang akan berlangsung di Thailand pada 2-12 Mei 2018.

Jom kita kenali kesemua pemain skuad futsal wanita.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie