Kemenangan Pertama Dipentas Antarabangsa Dicari - Qusmaini Noor Rusli

Sejurus aksi perlawanan pasukan Harimau Malaysia menentang Laos petang ini, satu lagi aksi anak Malaysia akan berlangsung dimana Qusmaini Noor Rusli akan turun pertama kali di pentas antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Brunei Darussalam petang ini menentang pasukan Timor Leste.

Beliau yang merupakan ketua jurulatih futsal Brunei Darussalam berkata ketika dihubungi para pemainya akan membawa satu corak permainan yang berbeza daripada sebelum ini.

"Sebenarnya pemain-pemain Brunei dalam proses mengadaptasi tektikal permainan yang berbeza dari dulu dan pastinya mengambil tempoh masa yang agak panjang namun ada perubahan dan peningkatan berlaku pada saat ini kepada para pemain" kata Qusmaini.

Mengikut 2 rekod pertemuan pasukan Brunei dan Timor Leste sebelum ini yang berpihak kepada Timor Leste, Qusmaini akur dan beliau akan cuba sebaik mungkin pada perlawanan petang ini.

"Kami telah hadir ke Bangkok 1 minggu lebih awal untuk perlawanan pemanas badan dan pengalaman berharga itu akan dijadikan bekal dalam perlawanan pertama dan penting pada petang ini dan pastinya perlawanan ini dianggap perlawanan final buat pasukan Brunei" tegas Qusmaini.

Semoga berjaya buat Coach Qusmaini Noor Rusli dan pasukan Brunei.