Kelayakan Liga Futsal SMART Selangor 2018 Siri 3

Setelah pusingan kelayakan pertama dan kedua Liga Futsal Smart Selangor 2018 yang diadakan 2 lokasi yang berbeza iaitu Siri 1 di Real Sport Arena Klang dan Siri 2 di Ferro Futsal Subang Jaya.

Bagi Siri ke-3 ini lokasi yang ditetapkan adalah di Uptown Sport Bangi yang akan berlangsung pada esok hari, 3 Mac 2018; Sabtu.

Selain itu, kelayakan ini akan diadakan dalam 2 kategori iaitu kategori terbuka lelaki dan kategori bawah 17 tahun.

Poster Kelayakan Liga Futsal Smart Selangor 2018 Siri 3 (Terbuka Lelaki)

 

Kelayakan Liga Futsal Smart Selangor 2018 Siri 3 (Bawah 17 Tahun)

Sistem untuk pusingan kelayakan ini adalah sama seperti siri 1 dan siri 2. Setiap pasukan perlu mengumpul mata yang tinggi untuk melayakkan pasukan mereka untuk beraksi dalam liga utama nanti.

Makluman kepada semua, siri ke-4 akan diteruskan pada 11 Mac 2018. Jadi, setiap pasukan perlu mengejar mata bagi melayakkan pasukan mereka ke Liga Futsal Smart Selangor 2018.