Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan 2018

18 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita sah akan bertanding di pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan 2018 yang akan berlangsung pada 25-28 Januari ini di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Untuk kelayakan kali ini 2 slot ditawarkan untuk kategori lelaki dan 4 slot bagi kategori wanita. Jika melihat senarai pasukan yang bertanding kesemua pasukan nampaknya hebat-hebat.

Ada beberapa pasukan yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi apabila mereka kembali pada musim ini antaranya pasukan Kedah, MPSJ dan Negeri Sembilan yang pernah beraksi di LFK.

Kehadiran pasukan ini di pusingan kelayakan pasti menjadi lawan sukar buat pendatang baru seperti Selangor PJ Tigers, Kuala Lumpur Marcerra United dan juga pasukan lain.

Bagi format pusingan kelayakan ini untuk kategori lelaki 6 pasukan akan dibentuk yang mengandungin 3 pasukan. Juara setiap pasukan dan dua pasukan terbaik di kedudukan no 2 akan mara ke pusingan suku akhir seterusnya ke pusingan separuh akhir. Pemenang di separuh akhir akan mendapat slot beraksi di Liga Futsal Kebangsaan 2018.

Untuk kategori wanita pula 6 pasukan akan bermain secara liga satu pusingan. Empat pasukan teratas akan beraksi di Liga Futsal Kebangsaan 2018.

Kedudukan kumpulan dan jadual perlawanan akan diumumkan selepas majlis undian dijalankan pada 24 Januari depan. Pasukan mana yang bakal layak? Sama-sama kita nantikan. Semoga berjaya buat kesemua pasukan.

Senarai pasukan yang bertanding.

Kategori lelaki

  1. Perlis
  2. Kelantan
  3. Kedah
  4. Sarawak
  5. Sabah
  6. Negeri Sembilan
  7. Selangor PJ Tigers
  8. Selangor United - MPSJ
  9. Selangor UiTM FC
  10. Pahang Poly FC
  11. Pahang Kuantan Rangers FC
  12. Pahang U-20 Kuantan Rangers FC
  13. Pahang PST-KPT IIUM Mustangs
  14. Pulau Pinang NTFA
  15. Kelantan - Kota FC
  16. Kelantan Kota Bharu - PKB
  17. Kelab Bolasepak Darul Ridzuan
  18. Kuala Lumpur Marcerra United FC

Kategori wanita

  1. Kelantan
  2. Sabah
  3. Negeri Sembilan
  4. Selangor United - MPSJ
  5. Kelantan Tanjung Che Mas (TCM FC)
  6. Kuala Lumpur Imgiresen FC