Kekalahan Bukan Kekal Selamanya, UPM Bangkit Mencapai Kejuaraan

Musim 2017 ini pasukan futsal wanita UPM tampil dengan barisan pemain yang baru dan tidak meletakkan apa-apa sasaran, hanya untuk memberikan pendedahan kepada para pemain baru ini.

Ternyata para pemain pasukan UPM masih gugup di awal permainan apabila mereka tewas 2 perlawanan pertama. Namun ia tidak bermakna kekalahan itu kekal selamanya. Di aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan pasukan UPM berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut sekaligus layak ke suku akhir atas kuota tempat ketiga terbaik.

Diundi bertemu kembali pasukaan UTHM di peringkat suku akhir memberi sedikit sebanyak kerisauan buat pasukan UPM setelah mereka tewas di peringkat kumpulan. Namun setelah membuat beberapa penelitian melalu video perlawanan yang dirakam sebelum ini pasukan UPM berjaya membenam saingan UTHM dengan jaringan 2-0.

Memasuki peringkat separuh akhir sekali lagi UPM meneruskan rentak cemerlang mereka apabila berjaya menewaskan pasukan GMI 3-1 dan berjaya ke perlawanan akhir bertemu UUM.

Disiplin dan semangat para pemain UPM yang tinggi membawa hasil apabila mereka berjaya membuat kejutan menewaskan pasukan UUM di masa tambahan dengan jaringan 2-1 sekaligus menjadi juara Karnival Futsal IPT Wanita Fasa 1.

Menurut ketua jurulatih pasukan UPM, Coach Hasrul Hassan beliau amat berbangga dengan semangat juang para pemainnya. Walaupun kesemua pemain majoriti daripada atlet sukan lain namun mereka berjaya memberikan komitmen yang baik dan cepat memahami tektikal yang saya terapkan sepanjang kejohanan ini.

Selepas ini Karnival Futsal Wanita IPT Fasa 2 akan berlangsung di IIUM pada september depan. Tahniah buat kesemua pasukan futsal IPT wanita.

Keputusan penuh Karnival Futsal Wanita IPT Fasa 1 :

Juara : UPM

Naib Juara : UUM

Ketiga : UPSI

Keempat : GMI