Kekal Aktif dengan Human Foosball. Tarikan baru ketika Covid-19

Larangan untuk bermain bola sepak ketika kawalan perintah pergerakan membuatkan sebuah kumpulan amatur bola sepak di Argentina mencipta satu idea baru untuk membolehkan mereka bermain bola sepak 5 sebelah dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Menurut ESPN.Com, idea tersebut diberi nama ‘metegol humano’ atau dikenali dengan “human foosball/table football,” dan sebuah padang itu dibahagikan kepada 12 bahagian. Seorang pemain hanya dibenarkan berada di setiap bahagian sahaja.

Bola boleh melepasi setiap garisan yang dibahagikan itu tetapi pemain tidak boleh. Disebabkan pergerakan yang terhad ‘Human Foosball’ ini lebih membantu untuk setiap pemain mempraktikan serta improve cara passsing, shooting dan interceptions.

Dengan cara ini walaupun dalam keadaan kawalan pergerakan pemain dapat melepaskan gian untuk bermain dan dapat beriadah sambil mengamalkan penjarakan sosial.

Idea ini turut dibawa ke Malaysia. Ada dua lokasi yang kami difahamkan ada menyediakan tempat ‘Human Foosball’ ini antaranya di Rhino Arena (padang bola sepak) Shah Alam serta Republic of Futsal Petaling Jaya.

Bagi mereka yang rindu untuk bermain bola sepak mahupun futsal, boleh set dengan gang main ‘Human Foosball’ ini. Sambil dapat lepas gian dapat juga membantu operator padang dan futsal kita yang terjejas akibat Covid-19 ini.

Apa yang penting ikut syarat dan SOP yang ditetapkan oleh mereka. Terus kekal aktif dan jaga diri!

Updated dengan video yang telah dishare dalam group social media yang telah disediakan oleh pihak seperti yang tertera dalam video. Eh menarik juga Human Foosball ni.