Kejohanan PTT Thailand Five 2020 Persediaan pasukan Futsal Thailand!

Walaupun di Thailand menghadapi wabak Covid 19 liga futsal di sana tetap berjalan & sekarang ini sedang berlangsung Kejohanan PTT Thailand Five 2020 yang memasuki edisi ke-9.

Apa yang bezanya untuk kejohanan antarabangsa kali ini adalah mereka tidak dapat menjemput pasukan-pasukan futsal negara lain kerana keadaan semasa. Kalau sebelum ini pasukan seperti Vietnam, Japan, Argentina, Brazil, Kazakhstan, Uzbekistan & Malaysia antara pasukan yang akan menagambila bahagian di kejohanan ini.

Kejohanan yang berlangsung di Bangkok Arena ini menyaksikan penyertaan 4 pasukan bertanding iaitu pasukan Thailand A, Thailand B, All-Star Brazil & All-Star Futsal Thailand League.

Thailand A adalah pasukan utama yang dilatih coach Pulpis manakala Thailand B adalah pasukan pelapis sementara Brazil All-Star dan Thailand League All-Star adalah pemain daripada Liga Thailand yang dipilih untuk memberi tentangan kepada pasukan Thailand.

Walaupun mereka semua sudah biasa bermain di Liga Thailand, kejohanan ini amat penting dan dapat membantu pasukan menilai prestasi, melihat gandingan terbaik serta mepratikkan formasi yang digunakan terutama untuk pasukan Thailand A.

Untuk tahun depan ada 4 kejohanan yang bakal disertai pasukan Thailand. AFF Futsal 2020 (yang sudah ditunda ke 2021), AFF Futsal 2021, Sukan SEA Vietnam 2021 & paling penting adalah AFC Futsal 2021 yang menawarkan 5 slot ke Piala Dunia Futsal 2021.

Berbalik kepada kejohanan ini, esok perlawanan tumpuan apabila pasukan All-Star Brazil akan menentang Thailand A. Dua pasukan yang sudah mencatat 2 kemenangan cuma perbezaan jaringan gol. Korang boleh saksikan perlawanan ini di FB Futsal Thailand atau FB Thairath TV.