Kejohanan Futsal Terbuka Kuala Lumpur Bakal Kembali

Selepas mendapat sambutan pada awal bulan ini, Kejohanan Futsal Terbuka Kuala Lumpur dijangka akan kembali diadakan pada tahun hadapan.

Sebanyak 48 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung 2 Disember lalu di BBC Futsal Center Setapak, Kuala Lumpur.

Menurut penganjur, Azerul Azim, walaupun pada awalnya mereka mengalami sedikit masalah namun ia dapat diatasi sekaligu berjaya menjalankan kejohanan ini dengan lancar. Malah dia juga berpuas hati kerana berjaya mencapai sasaran pasukan yang terlibat untuk kejohanan ini.

Pada tempoh hari pasukan Tot United sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara menewaskan pasukan SS Five FC dari Johor.

Selaku juara, Tot United berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2000, plaque dan juga trofi kejohanan.

Senarai pemenang :

Juara - Tot United

Naib Juara - SS Five FC

Ketiga - Arab FC

Keempat - Sinchan FC