Kejohanan Futsal Piala ADUN Suka Menanti 2018 Capai Objektif

Sabtu lalu telah berlangsung Kejohanan Futsal Piala ADUN Suka Menanti 2018. Kejohanan ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.

Ikhmal Fikri selaku Pengarah Program telah dihubungi bagi mendapatan pendapat dan maklumat yang boleh dikongsikan buat umum.

Menurut Ikhmal, secara kesuluruhannya penganjuran yang julung kali ini diadakan dianggap berjaya dan berjalan lancar kerana telah mendapat sambutan yang amat baik.

Tambahnya lagi, Piala ADUN Suka Menanti 2018 adalah idea dan inisiatif daripada YB Zamri Yusuf selaku ADUN Suka Menanti itu sendiri.

“Kejohanan ini menggunakan gelanggang ukuran FIFA dan pengadil Profesional dari Kedah Football Association (KFA). Ia merupakan satu pendedahan yang baik untuk generasi muda”, katanya.

Apabila bertanyakan tentang penganjuran untuk masa hadapan, pengarah program memakluman bahawa kejohanan ini bakal diteruskan dengan membuka lebih banyak kategori. Termasuklah kategori bawah 17, bawah 21 dan senior untuk mencungkil lebih ramai bakat anak muda.

“Penganjuran kali ini melibatkan kerjasama diantara Pusat Khidmat Rakyat DUN Suka Menanti, Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri Kedah (GEMA), Majlis Sukan Negeri Kedah dan Kedah Football Association (KFA) telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk memberi pendedahan kepada golongan muda akan bagaimana sesuatu kejohanan futsal professional berlangsung”, kongsinya

“Selain itu, ia juga sebagai alternatif riadah bagi para pelajar yang sedang bercuti sekolah ketika ini”, tambahnya lagi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Juara : ZM A
Naib Juara : ALLY FT
Ketiga Bersama : ZM B & EX70