Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4

Beberapa hari lagi akan berlangsungnya kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 edisi yang ke-4. Kejohanan ini akan diadakan pada 2 Jun ini pada jam 9 malam hingga 5 pagi di Center Mart Futsal Center Setapak.

Kejohanan ini dianjurkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan di Semester 3, Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi.

Wakil AFM berkesempatan menemubual wakil krew mereka, Mohd Alif Haiqal Bin Mohd Zaini selaku AJK Sponsor dan Bahagian Pengambilan Pasukan kejohanan ini, bagi mendapatkan objektif kejohanan ini diadakan.

Menurut Haiqal, objektif kejohanan ini adalah untuk memenuhi keperluan pembelajaran subjek SMG 453 (pengurusan projek sukan) disamping menggalakan semua pemain untuk kekal aktif walaupun di bulan Ramadhan.

Selain itu, objektif lain adalah untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam arena futsal malaysia disamping dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pasukan-pasukan yang bertanding.

Makluman semua, kejohanan ini bukan hanya tertumpu kepada futsal sahaja malah mereka juga turut menyediakan aktiviti sampingan iaitu PS4 FIFA 2018, Foodtruck, Sport Massage dan yang lebih menarik adalah mengadakan Solat Terawih di gelanggang futsal bagi peserta yang hadir.

Menurut Haiqal lagi, target pasukan yang menyertai dalam kejohanan ini adalah 48 pasukan untuk kategori terbuka dan 32 pasukan bagi kategori U18.

Walaubagaimanapun, Haiqal berkongsi harapan agar kejohanan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

“Kami turut berharap agar dengan anjuran kejohanan ini dapat mencungkil lebih banyak lagi bakat-bakat pemain futsal untuk mewakili negara khususnya pemain kategori bawah 18 tahun untuk masa akan datang”, katanya mengakhiri perbualan.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie