KEDAH DA : Lain yang tunjuk, lain yang rasmi

Pada 18 November lalu, laman sosial rasmi Kedah FA mempamerkan 3 pilihan logo (final shortlist) untuk penyokong pasukan itu membuat undian mereka. Namun, hari ini mereka telah mengumumkan logo baru tetapi langsung tiada dalam 3 pilihan tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa inilah ‘kejutan’ yang dibuat oleh pengurusan pasukan itu yang pernah diberitahu sebelum ini akan membuat kejutan kepada penyokong Kedah. Dalam kejutan ini, ada yang menerima dengan baik dan ada juga yang tidak menyokong dengan pemilihan logo tersebut.

Pengumuman logo baru untuk pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah diadakan dalam sidang media YAB Haji Muhammad Sanusi Md Noor selaku Menteri Besar Kedah Darul Aman merangkap Presiden KFA.

“Untuk rekod, 900 penyertaan penjenamaan logo KDA FC telah diterima daripada peserta dari kalangan peminat dan pencipta logo tempatan”
“Selepas melalui proses tapisan, hanya 316 penyertaan yang telah diterima untuk dipertimbangkan oleh panel pemilih dan pihak pengurusan Kedah FA dan Kedah Darul Aman FC”
“Daripada 316 penyertaan, 20 logo telah disenarai pendek oleh jawatankuasa pemilihan logo KDA FC seterusnya dibawa ke pengurusan tertinggi pengurusan KDA FC untuk keputusan akhir”, kenyataan rasmi di Facebook Kedah FA.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3808562409176208&type=3

Walau bagaimanapun, logo yang direka oleh Ku Basri Ku Halim telah dipilih oleh pihak KDA FC sebagai pemenang. Oleh itu, pemenang pencipta logo KDA FC akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5000 dan pas bermusim 2021.

Namun, terdapat beberapa komen positif dalam kalangan mereka. Satu daripadanya dari pengguna FB yang bernama John Zhen Li.

“Tahniah kepada pemenang. Ini walau modify dari logo ciptaan arwah DAB, rasanya semua boleh terima. Logo itu mempunyai makna yang cukup mendalam. Penuh dengan sejarah. Terima sajalah. Tak payah kecoh”

DAB atau DABA merujuk kepada Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil iaitu Bapa Pembangunan Bola Sepak Negeri Kedah. Mungkin pautan di bawah boleh bagi penjelasan kepada korang apa maksud yang cuba disampaikan oleh Bro John tu.

https://www.facebook.com/biarjasajadikenangan/posts/577791675722763