Kebangkitan Futsal Indonesia

Seminggu yang lepas saya ada berkongsi dengan anda mengenai liga futsal Indonesia atau lebih dikenali dengan Pro Futsal League 2016 yang baru saja masuk minggu ke dua liga pada hujung minggu lepas. Menarik sebenarnya untuk saya kongsikan bagaimana seriusnya arena futsal di Indonesia ini walaupun mereka kini dalam proses di-banned oleh FIFA untuk menyertai sebarang kejohanan antarabangsa namun arena futsal mereka tetap aktif.

12715336_10207845185160064_1994554171773943355_n

Tahun terakhir liga futsal Indonesia adalah pada tahun 2012 ketika itu pasukan IPC Pelindo menjadi juara liga tersebut. Pada tahun ini mereka kembali dengan liga yang kompetitif dan menarik. Liga mereka terbahagi kepada dua kumpulan dengan keseluruhan 16 pasukan yang menyertainya. 8 pasukan akan bermain di wilayah barat dan 8 pasukan akan bermain di wilayah timur. Mereka akan bermain dalam pusingan pusingan liga bermula februari ini hingga bulan Jun.

12742428_10207845185920083_5711406655731945816_n

Perlawanan akan berlangsung secara selang seli dimana liga di wilayah barat akan bermula dulu kemudian liga di wilayah timur menyusul. Dua pasukan terbaik dari setiap wilayah akan bermain di pusingan “Final Four” pada bulan Jun nanti.

Berikut merupakan senarai pasukan yang bertanding.
Wilayah barat:
Electric PLN (Jakarta)
FC Libido Pingdus (Bandung)
Futsal Kota Bandung (Bandung)
Jaya Kencana Utama (Tangerang Selatan)
Bie The Great (Bekasi)
Biangbola Kutai (Bogor)
BJL 2000 Cosmo (Semarang)
Mataram FC (Mataram)

Wilayah timur:
IPC Pelindo II (Jakarta)
Pinky Boys (Makassar)
Vamos Carlsberg (Mataram)
Pertamina FC (Jakarta)
Bintang Timur (Surabaya)
Antam Jakarta (Jakarta)
WPK MBU (Makassar)
Black Steel (Manokwari)

12729201_10207845186240091_1515694434081552502_n

Selain daripada liga utama di Indonesia juga liga untuk wanita juga turut dipertandingkan dimana format nya sama seperti lelaki di bahagikan kepada dua kumpulan wilayah barat dan wilayah timur dan sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian di liga ini dan turut dijangka tamat pada bulan jun juga.

Berikut merupakan senarai pasukan yang bertanding.
Wilayah Barat
Jaya Kencana Angels Tangerang
Netic Ladies Cibinong
Wijaya Sentosa Tangerang
Lampung Angels

Wilayah Timur
UPI Antam Bandung
Cosmir UNJ Jakarta
Bintang Timur Surabaya
PAF UNY Yogyakarta

12715670_10207845186400095_5296999209429055362_n

Apa yang menarik perhatian saya adalah mereka mempunyai liga akar umbi yang bagus untuk pembangunan futsal. Liga tersebut adalah liga di peringkat sekolah yang dikenali dengan nama “Pocari Sweat Futsal Championship” dan juga liga di peringkat mahasiswa yang dikenali dengan nama Liga Mahasiswa Futsal (LiMA).

Kedua-dua liga ini amatlah penting untuk pembangunan futsal ia terbukti telah melahirkan ramai pemain yang berbakat dan satu hari nanti pasti akan menjadi pemain yang disegani. Pada kejohanan Pro Futsal League 2016 ini banyak pemain muda yang lahir dari kejohanan pembangunan ini dipanggil untuk bermain dengan pasukan-pasukan professional di sekitar Indonesia dan tidak disangkal lagi bakat muda mampu memberi saingan dengan bantuan dan gabungan pemain senior yang sedia ada.

Antara pemain muda yang beraksi di Pro Futsal League
Liga Mahasiswa (Liga IPT)
Tax Usakti Universitas
Raka Febianto (Bie The Great)
Arjuna Rinaldi (Bie The Great)
Subur Sumarna (Antam)
Universitas Budi Luhur
Agung Pamuji (Antam)
Institut Teknologi Bandung
Agung Dwi Juni Arsyah (Biang Bola Kaltim)
Perbanas Universitas
Bambang Bayu Saptaji (Vamos Mataram)
Ilham Ramadhyan Putra (Vamos Mataram)
Sunny Rizky Suhendra (Vamos Mataram)
Alit Tri Rahmadi (Antam FC)
Abu Alatas (Antam FC)
Geordiyan Dermawan (Electric PLN)
Reza Yamani (Electri PLN)
Rachmatullah (Electric PLN)
Teuku Riky Ramadhan (Electric PLN)
Rainhard Romario (BJL 2000 Cosmo)
Yogi Maulana Singka (Bie The Great)
Universitas Indonesia
Hadyan Aldio Galih ( Electric PLN)
Padjadjaran Universitas
Kikin Baru Nurrahman (Electric PLN)
Fahrudin Puji (Libido)
Hanif Pambudi (Biang Bola Kaltim)
Dandy Suryansyah (Futsal Kota Bandung)
Pocari Sweat Futsal Championship (Liga Sekolah)
M Apriliansyah (Jaya Kencana - SMA Darussalam)
Mikus Tanu (FC Libido - SMAN 4 Jayapura)
Muhammad Fajir Marshush (Jaya Kencana - SMAN 3 Tangerang)
Ardiansyah Runtuboy (Black Steel Papua Barat - SMAN 4 Jayapura)
Muhammad Revi Afrian (Antam - Jakarta SMAN 109 Tangerang)

Selain itu liga futsal di Indonesia mendapat liputan media yang meluas. Segala aktiviti futsal di Indonesia mendapat liputan aktif dari Bolalob, Futsal zone Indonesia yang dipaparkan di laman web mereka serta laman sosial mereka yang pasti menarik perhatian peminat untuk mendapatkan segala informasi terkini.

12745774_10207845185280067_4469336510769450250_n

Malah kesemua perlawanan di liga mereka mendapat liputan secara live dimana peminat boleh melihat aksi mereka secara live di kaca tv dan juga secara streaming di laman web. Ini adalah satu perkara yang kita di Malaysia masih tidak mampu untuk menyiarkan perlawanan secara live. Walaupun kesemua perlawanan di sana disiarkan secara live kehadiran penonton di venue perlawanan masih penuh dan ia membuktikan bahawa sukan futsal menjadi pilihan masyarakat di sana. Mereka hadir untuk memberikan sokongan kepada kesemua pemain. Kesemua highlight, goal terbaik, pemain terbaik juga turut disertakan setiap perlawanan oleh Bolalob.

Jika dilihat tidak mustahil Indonesia akan menjadi satu pasukan yang digeruni satu hari nanti. Persediaan yang mereka lakukan kini sudah pasti akan memberikan kesan positif kelak. Walaupun mereka dibanned tapi arena futsal mereka tetap aktif disana.

Foto Kredit : Bolalob