Ke Indonesia Ke Kita!

Indonesia sah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Futsal AFF 2018 yang dijangka akan berlangsung pada 6-15 September 2018 atau 4 hari selepas Asian Games 2018 berakhir.

Perkara ini telah diumumkan oleh Pihak AFF sebentar semalam di Pnom Penh, Kamboja dimana majlis undian kumpulan turut dijalankan serentak.

Berikut merupakan kumpulan untuk Kejohanan Futsal AFF 2018 :

Kumpulan A
Indonesia (Tuan Rumah)
Malaysia
Myanmar
Filipina
Kamboja

Kumpulan B
Thailand
Vietnam
Brunei DS
Timor Leste