Karnival Sukan MASUM 2015

Karnival Sukan MASUM 2015 bakal memulakan tirainya pada hari Rabu ini dimana sebanyak 20 acara akan dipertandingkan. Kejohanan tahunan ini bakal menghimpunkan lebih 700 atlet yang terdiri daripada Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam seluruh Malaysia di mana mereka akan berkumpul di perkampungan sukan Masum di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor selaku tuan rumah pada edisi kali ini.

Salah satu sukan yang bakal dipertandingkan adalah sukan Futsal yang bakal berlangsung di di Daiman Sport Center, Skudai bermula 12 Ogos ini. Pada edisi tahun lepas perlawanan akhir menemukan juara bertahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pada perlawanan tersebut pasukan UiTM tidak diberi jalan mudah apabila mereka diberikan tentangan sengit dari pasukan UMP. Namun perlawanan itu menyebelahi pasukan UiTM apabila mereka menang dengan jaringan tipis 6-5 sekaligus mengekalkan kejuaraan.

Pada edisi kali ini sekali lagi mereka turun selaku pasukan pilihan diantara semua 15 pasukan yang bakal mengambil bahagian untuk acara futsal. Pasukan UiTM telah di undi satu kumpulan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan juga pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM)

Menurut ketua pasukan UiTM Muhammad Shafiq , beliau berharap pasukan UiTM berjaya mengekalkan kejuaraan pada edisi kali ini. Skuad kali ini membariskan para pemain baru namun beliau percaya mereka dapat memberi saingan dalam kejohanan ini.

Beliau ditemui di perlawanan persahabatan dimana pasukan UiTM berjaya menumpaskan pasukan UM dengan jaringan 4-3 yang berlangsung di pusat sukan Universiti Malaya.

Senarai kumpulan Futsal kategori lelaki.

Kumpulan A
UiTM
UniMAP
UPM

Kumpulan B
UMP
UM
UMK

Kumpulan C
UniSZA
USIM
UIAM

Kumpulan D
UTHM
UTEM
UMT

Kumpulan E
UTM
UPSI
UKM

Artikel Oleh : Umar