Karnival Futsal Wanita IPT

12 pasukan IPT wanita akan bertanding di Karnival Futsal Wanita IPT fasa 1 yang akan berlangsung hari ini sehingga 23 April di USM Pulau Pinang.

Bagi Liga Futsal IPT musim ini sedikit perbezaan dibuat bagi kategori wanita dimana tiada lagi format liga akan berlangsung dan format karnival/kalah mati akan digunakan pada kali ini.

Pada musim lalu menyaksikan pasukan UiTM berjaya merangkul kejuaraan dan untuk musim ini sekali lagi mereka hadir untuk mengekalkan kejuaraan yang sudah pasti sedikit sukar dengan kehadiran beberapa pasukan baru.

12 pasukan yang akan beraksi di karnival ini selain daripada UiTM adalah pasukan GMI, KPTM Ipoh, Politeknik Johor, UiTM Pahang, UNIMAP, UNITEN, UTHM, UPM, USM, UPSI dan UUM.

Semoga berjaya buat kesemua pasukan yang akan beraksi nanti.