KARISMA medan cungkil bakat baru UiTM

UiTM kembali lagi dengan penganjuran Karnival Sukan Mahasiswa UiTM 2016 (KARISMA) dimana aktiviti tahunan ini akan berlangsung di UiTM Kelantan selaku tuan rumah bermula 26 Oktober hingga 2 November ini.

Karnival sukan ini merupakan medan bagi UiTM mengcukil bakat bakat baru dan memberi peluang kepada mereka membawa nama UiTM di kejohanan sukan luar seperti Sukipt,Masum dan Liga IPT.

Pada edisi kali ini 16 acara sukan dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling, Bola Tampar, Badminton, Ragbi, Futsal, Petanque, Tenis, Silat, Taekwando, Sepak Takraw, Catur , Ping pong, Golf dan juga Mountain Bike.

Bagi setiap pelajar UiTM sudah pasti mempunyai azam untuk mewakili UiTM kampus masing-masing bagi menyertai karnival sukan ini. Ia merupakan satu karnival sukan yang besar dianjurkan setiap tahun dan lebih kurang 1000 atlet dan pegawai dikumpulkan dari setiap negeri untuk karnival ini setiap tahun.

Bagi acara futsal antara satu sukan favourite di karnival ini sebanyak 12 pasukan lelaki dan 9 pasukan wanita akan bertanding merebut pingat emas bagi kampus masing masing.

img_2378

Pada edisi tahun lalu yang berlangsung di UiTM Kedah, acara futsal telah disapu bersih oleh UiTM Shah Alam yang berjaya memenangi kedua-dua kategori.

Menurut En Ezuan Othman selaku Pengerusi Teknikal acara futsal berkata karnival sukan ini ada satu satunya peluang untuk kami di Unit Sukan untuk mengesan bakat-bakat muda.

"untuk liga futsal IPT musim depan ramai para pemain sudah tamat belajar dan saya akan menggunakan platform ini untuk mencari para pemain baru bagi mengantikkan para pemain sedia ada kini " kata Ezuan Othman yang turut memegang jawatan ketua jurulatih pasukan futsal lelaki dan wanita UiTM.