“Kami Meletakkan Target Di TOP 6 Liga Premier IPT” - Coach Farid

Liga Futsal IPT 2018 akan diteruskan pada akhir September ini yang bakal berlangsung di USM, Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, pasukan GMI berjaya meletakkan diri di tangga ke-8 liga dengan rekod 2 menang dan 4 kalah.

Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih Mohd Farid Mohd Yusof yang berusia 31 tahun ini merupakan seorang pemain yang berpengalaman dalam arena futsal tanah air.

Namun begitu, kami difahamkan bahawa ini merupakan pengalaman pertama buat Coach Farid apabila menjadi ketua jurulatih pasukan.

“Pengalaman yang saya peroleh setakat ini adalah dapat membawa pasukan GMI ini daripada bawah  (dari pusingan kelayakan dan terus layak bermain di Liga Premier IPT)”, kongsinya.

Coach Farid turut berkongsi mengenai kualiti pemain dan pasukan yang ada di liga IPT. Menurutnya, saingan di liga IPT boleh dikatakan hampir kesemua pasukan bersaing dengan hebat di antara satu sama lain.

“Pada pendapat saya, banyak pemain yang berbakat perlu di intai di liga IPT. Mereka  memerlukan pendedahan yang lebih seperti membawa mereka ke liga yang lebih besar ( LFK ), mungkin mereka boleh menjadi pelapis negara satu hari nanti”, katanya.

Apabila disoal mengenai pasukan bimbingannya. Menurut Coach Farid,  perlawanan dalam keadaan yang baik namun nasib tidak menyebelahi mereka.

“Ada beberapa pemain kami yang masih gugup kerana ini adalah kali pertama mereka bermain di liga IPT ini”, tambahnya lagi.

Selaku jurulatih, Coach Farid akan memastikan pasukan bimbingannya terus bangkit dengan mengutip mata penuh di fasa ke-2 itu nanti. Oleh hal yang demikian, dia akan memantapkan lagi pasukannya dari segi taktikal permainan.

Coach Farid juga berharap agar pasukan bimbingannya mampu berada di kedudukan top 6.