“Kami Akan Buat Yang Terbaik Untuk Negara!” - Steffi

Steffi Sarge Kaur diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan di Kejohanan AFC 2018 dan ditanyakan tentang prestasi pasukan di bawah bimbingan Coach Addie Azwan.

Menurut Steffi, prestasi pasukan kini berada pada tahap yang amat bagus. Ini kerana, semua pemain telah bersedia dan fokus sepenuhnya terhadap kejohanan yang bakal berlangsung nanti.

Selain itu, pengalaman yang ada pada Coach Addie Azwan sebagai bekas pemain kebangsaan ini banyak membantu skuad negara untuk terus beraksi cemerlang.

“Dari segi tektikal, semua faham dan boleh ikut dengan apa yang diajar”, katanya.

Berdasarkan perlawanan persahabatan menentang Indonesia tempoh hari, Malaysia mampu bangkit dan menewaskan Indonesia dengan jaringan 4-1 buat kali pertama.

“Bagi saya, semangat kami sebagai satu pasukan yang membuatkan kami bangkit dan tidak berputus asa sehingga ke wisel penamat. Dalam apa jua keadaan, kami tak boleh give up, we have to keep in fighting”, ujar Steffi.

Namun begitu, Steffi berharap agar dirinya dan rakan sepasukan mampu mencapai target untuk ke semi final dan berjanji untuk memberikan saingan yang terbaik buat negara.

“We will do our best for the country!”, katanya mengakhiri bualan.

Malaysia akan bertemu Bangladesh pada perlawanan pertama di petang ini. Seterusnya, akan bertemu Chinese Taipei dan perlawanan terakhir kumpulan bakal bertemu Vietnam.

Ayuh berikan sokongan yang penuh kepada skuad futsal wanita kebangsaan kita sepanjang kejohanan ini berlangsung.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie