K. Devan sah kembali ke Negeri Sembilan!

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Teka-teki siapa ketua jurulatih Negeri Sembilan akhirnya terjawab menerusi kenyataan media Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan hari ini.Bekas jurulatih Petaling Jaya City FC ini telah dipilih untuk kembali bersama skuad Hobin Jang Hobin ini mengenepikan beberapa calon pilihan lain antaranya Irfan Bakti dan Zainal Abidin.

Apa yang menjadikan dia terpilih semestinya kerana memiliki Lesen Pro Diploma selain nama K. Devan ini tidak asing lagi oleh penyokong-penyokong Negeri Sembilan.

K. Devan yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan ini merupakan bekas pemain pasukan ini pada tahun 1980 hingga 1997. Pasukan ini juga adalah pasukan pertama dia melatih sebagai jurulatih pada 2004-2006 sebelum berhijrah ke beberapa pasukan lain antaranya Melaka, Selangor, Johor, Felda United.

Kejayaan dia ketika membimbing Negeri Sembilan pada musim 2005-2006 pasti paling diingati kerana K. Devan membantu pasukan ini menjuarai Liga Super musim itu dan tahun itu juga dia diangkat sebagai jurulatih terbaik Malaysia di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

Menurut kenyataan YTM Tunku Syed Razman, Presiden PBNS beliau yakin dan percaya dengan pengalaman serta pencapaian K. Devan dapat membimbing pasukan ini kembali untuk layak ke saingan Liga Super 2022 nanti.

Lawan mereka di Liga Premier musim depan jaga-jaga dengan team Negeri Sembilan nanti!

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved