Jom Sertai My Futsal International Tournament 2018!

Kejohanan futsal terbesar di Indonesia, My Futsal International Tournament (MFIT) bakal kembali tahun ini dan akan berlangsung pada 15-27 November depan di My Futsal Arena, Jalan Komplek Hankam Cidodol, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

Sebanyak 32 pasukan bakal bersaing edisi tahun ini untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah 300 juta rupiah. Edisi ke 10 dijangka bakal disertai pasukan-pasukan Ligo Pro Indonesia seperti Vamos Mataram, Black Steel Manokwari, SKN Kebumen dan banyak lagi. Ini bagi persedian terakhir mereka sebelum liga mereka bermula pada Disember nanti.

 

 

Selain itu, menurut pihak penganjur mereka juga ada menjemput beberapa pasukan dari luar antaranya MIC FC (Myanmar), Chonburi FC & Thai Port (Thailand) dan pasukan dari Australia.

Pihak pengajur juga berharap ada wakil daripada Malaysia yang akan sertai kejohanan ini nanti. Sebelum ini banyak pasukan dari Malaysia pernah mengambil bahagian di sini antaranya pasukan Samba FS, Bertam Ulu FC, Fauzio FC, Red Galacticos, Universitas Islam Antarabangsa dan Leonis FC. Pasukan Bertam Ulu merupakan wakil Malaysia yang paling cemerlang meraih tempat ke 4 dan mendapat anugerah penjaring terbanyak.

Bagi yang ingin sertai cepat daftarkan pasukan anda. Boleh hubungi Goro - +62 838-9563-7024.