Jom kita tengok statistik penyerang KV Kortrijk Luqman Hakim dalam FIFA 21

Beberapa hari ni, kita dikhabarkan dengan berita baik mengenai penyerang negara U23, Luqman Hakim Shamsudin atau nama samarannya kini Luqie. Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan pemain yang bakal mencecah umur 19 tahun ini, pasti tahu akan perkara ini lebih awal.

Menerusi akaun Twitter rasmi KV Kortrijk dengan kapsyen, “Look who is back!” dapat kita lihat penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim kembali ke sesi latihan bersama pasukan setelah berehat selama 3 minggu akibat kecederaan hamstring.

Apa yang lebih menarik untuk peminat Luqman, baru-baru ini ramai yang bercerita tentangnya yang kini memiliki profil dalam permainan video game yang menjadi kegilaan lelaki saban tahun iaitu FIFA21.

Wah! Kalau sebelum ni ramai yang excited untuk melihat statistik baru bagi pemain kegemaran mereka seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, tapi kali ni mungkin menjadi lebih excited bila muncul pemain negara iaitu Luqman Hakim.

Mesti lepas ni ramai lagi kaki ‘gamers’ yang akan pakat duk berebut pegi beli video game tu. Korang memang fun lah! Bagi yang belum memiliki video game tersebut, korang boleh tengok statistik Luqman di futhead.com di mana data yang diberikan adalah terperinci.

Jom kita tengok statistik penyerang KV Kortrijk dalam FIFA 21!Bermula dengan rating keseluruhan sebanyak 56, Luqman mempunyai potensi maksimun sebanyak 75 jika digunakan dengan baik oleh pemain. Mungkin korang rasa rendah untuk angka tersebut. Namun, ia cukup baik untuk pemain yang berasal dari Asia dan berusia 18 tahun kini.

https://www.futhead.com/21/players/19102/luqman-hakim/

Sebagai rekod, Nazmi Faiz Mansor juga pernah muncul dalam FIFA13 dan PES 13 selepas bersama kelab Portugal, SC Beira Mar suatu ketika dahulu. https://sofifa.com/player/210032/muhamad-nazmi-faiz-bin-mansor/130001/?hl=en-US