Jom kita kenali penjaga gawang yang menjadi sebutan peminat futsal asia tenggara pada aff 2017

AFF 2017 Ho Chi Minh merupakan detik yang penting buat Azrul Hadee. Tatkala penjaga gawang nombor 1 negara Firdaus Razali bergelut dengan prestasi yang kurang memberangsangkan muncul Azrul Hadee atau nama panggilan Hadee dengan aksi memukau pada peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir. Beliau boleh dinobatkan pemain terbaik skuad kebangsaan bagi kedua-dua perlawanan menentang pasukan tuan rumah Vietnam dan Thailand. Hadee yang dihubungi oleh Wak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan beliau semangat dari rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan penyokong semua.

 

Nama: Azrul Hadee Bin Mohd Taufiq
Nama Panggilan: Hadee
Umur: 30
Pekerjaan: Barista

Wak: Bila Hadee mula berjinak dengan futsal?

Hadee: Saya bermula sekitar umur 21-22. Saya memang tidak tahu pasal futsal apa lagi cara bermain. Sahabat baik saya Fariq Muhd (Ayip) yang juga bekas pemain kebangsaan memperkenalkan futsal kepada saya. Dia juga merupakan sahabat baik dari bangku sekolah sekolah. Terima kasih Ayip.

Wak: 1 perkara orang tak tahu pasal Hadee?
Hadee: Saya dan kopi tidak dapat dipisahkan.

Wak: Berapa lama dalam skuad kebangsaan?
Hadee: Lebih kurang 7 tahun. Dari 2010

Wak: Berapa lama Hadee penjaga gol no 2 negara?
Hadee: Semenjak 2010 dan saya tidak berputus asa walaupun penjaga gol simpanan kerana demi darah Malaysia yang mengalir dalam badan ini.

Wak: Apakah harapan Hadee akan pasukan kebangsaan pada masa akan datang?
Hadee: Saya mengharapkan pasukan kebangsaan akan diberi lebih perhatian demi melangkah lebih jauh dengan sasaran piala dunia 2020 sasaran utama.-l

Wak: Duta barangan?
Hadee:- Saya adalah duta rasmi barangan sukan jenama Specs dari Indonesia (ig : @specs_indonesia)

Wak: Nasihat untuk bakat-bakat muda terutamanya penjaga gol.
Hadee: Jangan cepat putus asa, sentiasa ingin belajar. Yang paling penting disiplin diri harus diberi penekanan yngg tinggi.

 

Wak: Kenangan paling manis sepanjang mewakili negara?
Hadee: Kenangan paling manis masa dapat bermain menentang pasukan jagoan dunia iaitu Sepanyol dalam perlawanan persahabatan di Bangkok pada 2012. Ianya satu pengalaman paling berharga buat saya.

Wak: 7 tahun bermain futsal. Kelab yang Hadee pernah wakili?

Hadee: 
2009/10 - PBSMM/Adabi
2011/12 - KL KWSP
2012/13 - PBSMM/DeNY
2015/16/17 - FELDA UNITED FC