"Jika rezeki menyebelahi kita kejuaraan itu mungkin milik kita. Semoga berjaya"

Terdetik di hati penulis untuk berkongsi pendapat mengenai skuad futsal kebangsaan terkini bersama anda semua.   Kini sudah genap sebulan sejak bermulanya kem futsal kebangsaan yang diadakan untuk menghadapi Kejohanan AFF 2016 yang akan bermula pada 31 Oktober ini. Cukupkah 30 - 50 hari bagi mereka untuk mempersiapkan diri? sudah tentu tidak! Salah siapa? Tepuk dada tanya selera.

Jika dilihat pada waktu ia memang singkat untuk mempersiapkan pasukan berbanding pasukan negara jiran lain yang sudah lama menyiapkan pasukan masing-masing. Pada kali ini pasukan futsal Kebangsaan mendapat suntikan baru apabila pasukan ini dilatih oleh barisan kejurulatihan yang baru diketuai oleh ketua jurulatih Chiew Chun Yong dan dibantu oleh pembantu jurulatih Jamhuri dan juga jurulatih Jasman yang menggantikan jurulatih Zul Azmi .

Mereka antara jurulatih berpengalaman dan terbaik yang kita ada di Malaysia. Jika dilihat mereka sebenarnya mengambil risiko yang tinggi dan tidak mempunyai banyak pilihan untuk mempersiapkan para pemain menjelang kejohanan AFF pada kali ini. Ada suara-suara yang membisikkan kata sinis kenapa bukan Marcelo Serpa?

Umumnya penulis tahu Marcelo bakal tamat kontrak pada Disember ini dan khidmat beliau tidak lagi disambung oleh pihak tersebut. Kenapa? tanyalah mereka, walaupun kita tahu Marcelo antara jurulatih terbaik yang kita miliki.

Dengan ketiadaan liga , agak sukar sebenarnya untuk barisan jurulatih menilai dan mencari pemain yang terbaik untuk membawa cabaran Malaysia nanti. Mengikut senarai 18 pemain yang dipilih pada kali ini pendapat penulis mereka harus diberi sokongan padu oleh seluruh rakyat Malaysia. Kesemua mereka adalah yang terbaik kita ada buat masa ini.

14440946_1268090713235620_2326024367610160153_n

Sehingga hari ini 7 perlawanan persahabatan sudah dilalui mereka iaitu bersama pasukan UiTM, UniKL, Perak u19, MAC FC, Perak FA , Melaka dan juga terbaru dengan pasukan SS FIVE (Johor).

Terlalu awal untuk menilai kredibiliti pasukan ini dengan keputusan perlawanan persahabatan mereka. Namun melalui pemerhatian penulis keserasian mereka sudah mula tercipta dan masih ada beberapa perkara perlu diperbaiki dan penulis pasti barisan kejurulatihan tahu apa yang perlu dilakukan untuk perbaiki pasukan. Gabungan para pemain senior dan barisan pemain muda yang baru tampak akan memberikan kesan yang positif pada masa akan datang. Mereka harus terus diberi sokongan.

Namun atas pemerhatian penulis juga ramai sebenarnya pertikaikan mengenai pemilihan para pemain dan juga pasukan yang menjadi pilihan untuk perlawanan persahabatan. Bagi pemilihan pemain tahukah mereka bahawa 90% adalah pemain -pemain yang pernah bermain dibawah kendalian coach Marcelo Serpa. Dengan keadaan liga yang ‘lenyap’ tiada pemain yang training sepanjang tahun, apakah ianya mudah untuk mereka membentuk pasukan? Bagi penulis itu semua sudah menjadi lumrah buat sukan terutama Bola Sepak dan juga Futsal. Jika tiada pencapaian pasti ramai yang tidak berpuas hati. Namun pencapaian semua itu harus dicipta dari bawah dan mengambil masa yang lama. Tapi bola itu bulat apa sahaja keputusan boleh berlaku.

14520378_1204216816301096_5276739656026301206_n

Berbalik kepada isu pemilihan pemain dan pasukan. Bagi pendapat penulis sebenarnya kita di Malaysia mempunyai pool player yang besar, yes ramai sebenarnya bermain futsal namun kebanyakan bermain di court yang kecil berbanding negara jiran lain seperti Thailand dan Indonesia boleh dikatakan liga utama mahupun liga haram kesemua dimainkan di court bersize FIFA. Dari usia kecil para pemain mereka sudah dipraktikan bermain di court fifa jadi ia menjadi kelebihan buat mereka.

Dengan masa yang singkat ini barisan kejurulatihan sebenarnya tiada pilihan sebenarnya untuk menilai kesemua pool player yang kita ada. Jika liga ada dan masa yang lebih sudah pasti lebih ramai pilihan pemain untuk dipanggil.

Bagi pilihan pasukan perlawanan persahabatan, bagi penulis agak sukar untuk mereka mendapatkan perlawanan persahabatan bersama pasukan kebangsaan dari negara lain ekoran waktu yang singkat dan bajet yang minimum. Jika ada bajet tidak mustahil mereka mampu ke negara jiran yang lain dan sudah pasti LFK juga dapat dijalankan tahun ini.

Kesemua pasukan yang dipilih pasukan kebangsaan sebenarnya adalah yang terbaik buat masa ini ekoran kesediaan pemain dan pasukan ini. Jika dilihat pasukan UiTM dan UniKL merupakan juara bagi Liga IPT manakala MAC baru sahaja menjuarai satu kejohanan di Australia. Bagi Perak u19 mereka mempunyai latihan yang konsisten sejak beberapa bulan lalu, Melaka dan Perak pula antara pasukan yang baik di LFK musim lalu.

Yang terbaru adalah pasukan SS FIVE. Ramai juga terkejut mengapa Malaysia berlawan dengan pasukan yang bermain di Liga Haram. Namun apa yang penulis tahu SS FIVE menawarkan para pemain importnya untuk bermain dan ia satu peluang baik untuk pasukan Malaysia mendapat satu perlawanan yang berbeza.

Apa sahaja yang berlaku penulis berharap pasukan futsal kebangsaan yang baru ini mampu memberikan saingan di Kejohanan AFF hujung bulan ini. Jika rezeki menyebelahi kita kejuaraan itu mungkin milik kita. semoga berjaya.

14666043_1292921007419257_6094676190789253735_n

+++++++++++++++
Terima kasih wak ucapkan kepada penulis pengirim dari Puchong Selangor. Beliau yang juga seorang jurulatih futsal dan pemain yang tidak asing lagi pada zaman kegemilangan futsal tanah air. Jadi sehubungan itu wak berjaya mengumpul sebahagian kata-kata semangat dari peminat-peminat futsal tanah air untuk pasukan kebangsaan.

“Winning Isn’t Always A Victory, Losing Isn’t Always A Defeat” Dari Pasukan Eliminator. Kuala Lumpur

“Semoga berjaya mncapai kejayaan..aim higher for better achievement..jangan pernah tunduk mengalah,kerana apa yang nampk hanyaalh lantai tapi sntiasa memandang kehadapan supaya dapat melihat peluang keemasan yg luas terbentang..go Malaysia!” dari pasukan Golazo FT, Selangor

“Mantapkan skill, bangunkan ketahanan mental dan fizikal, fokus, sentiasa patuh arahan coach, tinggikn keyakinan diri. kipidap don givup ”.lkhlas dari GFR Shah Alam.

“jangan pernah mengalah… berjuang sehingga wisel penamat. Dont give up”. Ikhlas dari SJ United, Kelantan

“You were born to win..but to be a winner..you must PLAN, PREPARE and EXPECT to WIN.. Berjuang habis-habisan..”
Dari PerinduLegend dan Saf United, Shah Alam.Selangor

“FOR MALAYSIA FUTSAL TEAM
biar lah FAM menganak tirikan anda.. biar lah media kurang perhatian kat anda.. biarlah tak ramai mengenali anda.. biarlah walaupun futsal x se famous bola sepak.. tapi bermain lah sepenuh hati utk bendera di dada anda.. usaha lah bersungguh2.. never give up.. dan jgn sekali2 lupa kpd yg maha Esa.. setelah bertungkus lumuh, byk kn doa.. dan baru lah kite berserah kpd Nya..”

saya mewakili pasukan kerdil AYB Chailuzz dari Manjung Perak akan sentiasa support dan doakan kejayaan pasukan futsal Malaysia..