Jafri Firdaus Balik Mai Penang! Ready untuk Liga Super 2021.

Penyerang muda negara, Jafri Firdaus Chew diumumkan sebagai pemain baru pasukan Penang FC dengan kontrak selama satu musim.Bukan nama asing di Penang kerana Jafri merupakan anak jari negeri ini dan memulakan karier dia di Penang selepas bersama skuad Harimau Muda B.

Tahun ini Jafri sepatutnya bersama pasukan Kedah FA tapi difahamkan pasukan itu terpaksa menolak penyerang ini di saat akhir kerana Jafri tidak cukup cergas untuk memenuhi syarat utama kontrak pemain.

Disebabkan itu Jafri tiada pasukan dan tidak beraksi untuk tahun ini. Jafri yang sering menjadi tonggak utama skuad #HarimauMalaya B-23 satu ketika dulu pasti rindu dengan kancah bola sepak dan akan membuktikan semula kemampuan dia di Liga Malaysia musim depan.

Setakat ini, Penang FC telah mengumumkan Jafri Firdaus dan Ryuji Utomo sebagai pemain baru yang akan memperkuatkan pasukan ini selain membawa masuk Tromas Trucha dari Republick Czech sebagai ketua jurulatih mereka.

Semoga berjaya buat Jafri dan Penang FC!