Ismail Firdaus Optimis Kuala Lumpur Mampu Menjadi Pencabar Utama

Skuad wanita Kuala Lumpur kendalian jurulatih Ismail Firdaus Khalid kini sedang membuat persiapan terakhir menjelang Liga Futsal Kebangsaan 2017 yang bakal berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim Februari ini.

Seramai 21 pemain telah disenarai akhir oleh ketua jurulatih setelah dipantau ketika sesi pemilihan skuad wanita Kuala Lumpur.

Meskipun, majoriti pasukan ini dikuasai oleh pemain baru dan hanya 3 pemain lama dikekalkan Ismail tetap bersikap optimis meletakkan sasaran ke perlawanan akhir LFK 2017.

Pasukan ini akan bertemu pasukan Perak FA pada aksi perlawanan pertama mereka pada 11 Februari 2017 ini.

Artikel oleh : Shahira Aqilah