Irsyad Idam Sarung Jersi Selangor

Dua tahun berturut-turut mewakili pasukan MILO Hidup Bola U16 tahun untuk ke Thailand memberikan satu pengalaman yang berharga buat Irsyad Ruzain. Pengalaman lebih berharga apabila beliau berjaya membawa pasukannya menjuarai jelajah futsal di Thailand yang disertai oleh 3 pasukan ternama di sana. Pemain yang mewakili pasukan Red Galacticos ini antara pemain yang menyerlah ketika di Thailand dan corak pemainannya mengejutkan barisan kejurulatihan pasukan MILO Hidup Bola U16 yang diketuai oleh Coach Yong.

Beliau ketika dihubungi bersyukur kerana beliau sekali lagi dipilih untuk menyertai pasukan ini untuk kali kedua bersama seorang lagi pemain iaitu Akiff Syahiran. Menurut beliau ketika berada di sana beliau bersama rakan peroleh banyak ilmu baru apabila mereka berpeluang untuk berlatih dengan 2 pasukan teratas liga remaja Thailand.

12509691_10207682924823657_3208836776694863120_n

“Taktikal dan cara pressing mereka merupakan satu benda yang saya tidak pernah belajar sebelum ini dan walaupun mereka bertubuh kecil dari kami tetapi mereka amat bagus” ujar Irsyad.

Mengulas mengenai perlawanan disana mereka menerima tentangan hebat dari kesemua pasukan di sana terutama ketika menentang pasukan Nonthaburi FC yang berkesudahan dengan jaringan 3-3. Mereka mempunyai banyak peluang namun tidak berjaya menyempurnakan peluang tersebut.

Irsyad yang menjadikan Saiful Aula pemain futsal kebangsaan sebagai idola berharap agar beliau berjaya menjadi seorang pemain futsal yang berjaya dan beliau idam untuk menyarung jersi Selangor dan juga Malaysia satu hari nanti.