Intan Sarah Permata Baru Futsal Wanita

Kehadiran pemain muda berumur 18 tahun ini bersama pasukan Perak pada LFK 2017 menarik perhatian para penonton yang hadir tempoh hari. Gelagat pemain kecik molek ini sentiasa memberikan keceriaan buat kem pasukan Perak dan juga para penonton yang menyaksikan perlawanan pasukan Perak.

Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali dengan panggilan Serah berjaya memberikan aksi terbaik di minggu pertama tempoh hari. Pada minggu lalu beliau berjaya membantu Perak peroleh kemenangan ke atas pasukan KL Ally Group di perlawanan pertama.

Manakala di perlawanan kedua Perak memberikan satu tentangan sengit ke atas pasukan Felda United namun mereka tewas tipis dengan jaringan 4-3. Di perlawanan tersebut Serah berjaya menjaringkan satu gol menarik melalui sepakan percuma.

Jika melihat prestasi pemain ini, tidak mustahil beliau akan dipanggil untuk menyertai latihan pusat pasukan futsal wanita untuk menghadapi Sukan Sea 2017 tidak lama lagi. Kekuatan fizikal dan teknik yang dimiliki oleh pemain ini sangat baik dan harus digunakan sebaik mungkin.

Untuk makluman semua ini adalah penampilan keduanya di LFK namun di musim 2015 beliau jarang diturunkan kerana tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya berikutan terikat dengan latihan olahraga. Beliau juga merupakan atlet pelapis Negara bagi sukan lari berpagar.

Semoga berjaya buat Intan Sarah dan pasukan barunya Perak di LFK 2017 ini.

Foto kredit : Arena Seladang