Indonesia ganti Thailand anjurkan AFF Futsal Championship 2016

AFF Futsal Championship 2016 yang akan berlangsung pada 31 oktober hingga 7 November ini di Bangkok, Thailand dibatalkan dan mungkin akan berlangsung di negara lain.

Perkara ini adalah berikutan kemangkatan Raja Thailand , Bhumibol Adulyadej pada khamis lepas. Thailand akan melalui proses berkabung selama setahun dan segala aktiviti berlangsung di sana diterhadkan.

Pihak penganjur difahamkan sudah menghantar notis mengenai perkara ini kepada kesemua pasukan yang terlibat pada kejohananan ini nanti.

Sama ada kejohanan AFF Futsal Championship 2016 ini dibatalkan tahun ini ataupun diadakan di negara lain masih dalam perbincangan pihak penganjur.

Menurut Bolalob.com pihak AFF sudah meminta pihak Indonesia untuk menjadi tuan rumah pengganti bagi kejohanan ini.

Jika kejohanan AFF Futsal Championship ini berlangsung di Indonesia difahamkan ia akan berlangsung di Yogyakarta.

Kredit Foto : Bolalob.com