Imbas Kembali Peristiwa 2014

Orbit De Futsal Kota Bharu salah sebuah gelanggang futsal yang tidak terkecuali dalam tragedi banjir yang telah melanda negeri Kelantan pada Disember 2014. Orbit De Futsal yang terletak di Jalan Tiong, Kota Bharu ditenggelami air buat pertama kalinya pada 15 Disember 2014 setelah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2014. Banjir yang pertama melanda Orbit De Futsal telah menenggelamkan hampir separuh bangunan gelanggan tersebut yang telah menyebabkan kerugian hampir Sepuluh Ribu Ringgit. Peristiwa itu telah menyebabkan beberapa Program Penganjuran Futsal terpaksa dibatalkan serta ditunda seperti Kejohanan Futsal Pegan Cup Championship 2014.

Pada 25 Disember 2014, sekali lagi Orbit De Futsal telah ditenggelami air apabila banjir besar melanda negeri tersebut. Peristiwa tersebut telah menyebabkan pemilik gelanggang tersebut terpaksa menghentikan operasi penyewaan gelanggang mereka buat sementara waktu bagi proses membaik pulih kali kedua. Kerugian pada banjir kali kedua ini dianggarkan lebih Sepuluh Ribu Ringgit. Kini Orbit De Futsal sudah giat menjalankan proses membaik pulih bagi membolehkan Pihak Penganjuran menjalankan Program-program Kejohanan Futsal dinegeri Kelantan ini seperti biasa.