Hyper Rich FC Berazam Mahu Muncul Juara di Brazil!

Dalam masa 2 bulan lagi pasukan Hyper Rich FC akan membawa cabaran negara di Grand Final Neymar Jr’s Five 2018 yang akan berlangsung di Brazil pada bulan Julai nanti.

Berkongsi mengenai persediaan, ketua pasukan, Naavin memberitahu mereka kini sedang giat melakukan persediaan rapi menjelang kejohanan ini.

“Kami menjalani 3 latihan seminggu dan memberikan focus dalam aspek kekuatan fizikal dan mental, kerana kami tahu pasukan lawan di sana pasti mempunyai kelebihan dari segi fizikal,” kata Naavin.

Selain itu, mereka juga giat memperbaiki pergerakan tektikal kerana permainan ini sedikit berbeza dari futsal kerana menggunakan gol yang kecil dan tiada penjaga gol.

Untuk makluman pasukan Hyper Rich FC terpilih untuk mewakili Malaysia ke Brazil setelah mereka muncul juara Neymar Jr’s Five 2018 edisi Malaysia dan ini merupakan percubaan mereka yang ketiga setelah terkandas di final sebelum ini.

“Our target is to win the World Finals in Brazil and not merely making up the numbers”, katanya dengan penuh harapan.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie