Hyper Rich Raja Futsal Perak!

Raja Futsal Perak yang berlangsung hujung minggu lalu di ProSport Futsal Arena berjaya mengumpul 71 pasukan bukan sahaja dari sekitar Perak, pasukan-pasukan dari Kuala Lumpur dan Selangor turut turun ke Perak untuk sertai sirkit ini.

Pasukan asal Selangor, Hyper Rich muncul juara selepas menewaskan Sri Iqra yang turut berasal dari Selangor dengan keputusan 1-0. Dengan ini 2 slot ke grand final Raja Futsal dari Perak bakal dibawa pasukan Hyper Rich dan Sri Iqra

Bagi kedudukan ke-3 diisi pula pasukan ZM FT F dan Raja Selatan.

Selepas ini kejohanan ini tiga lagi lokasi dan 8 lagi slot untuk ke Grand Final. Cepat daftar pasukan anda sekarang.