Hidup Bola Milo : SK Likas A & Artic Blizzard FT Bawa Nama Sabah Di Grand Final!

Juara Hidup Bola Milo sirkit Sabah dinobatkan kepada pasukan SK Likas A bagi kategori Bawah 12 tahun dan Artic Blizzard FT bagi kategori Bawah 16 tahun!

Sambutan di sirkit Sabah edisi kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 92 pasukan mengambil bahagian.

Lebih menarik untuk di Sabah kedua-dua kategori bermain di court bersaiz FIFA. Satu langkah yang baik oleh pihak pengajur dengan memilih lokasi Yayasan Sabah sebagai lokasi kali ini.

Selain 2 pasukan ini, pasukan Malawa A dan juga Emphathetic FC turut akan bersama membawa cabaran Sabah di Grand Final nanti.

Selepas ini kejohanan ini akan diteruskan di Negeri Sembilan pada 11 Ogos. Kita jumpa di sana!

Keputusan penuh Hidup Bola Milo Pulau Pinang

Bawah 12 Tahun
Juara : SK Likas A
Naib Juara : Malawa A
Ketiga Bersama : SK Tampasuk 1 & Burnmarks UTD

Bawah 16 Tahun
Juara : Artic Blizzard FT
Naib Juara : Emphathetic FC
Ketiga Bersama : Kejora FC & FCF B