Hidup Bola Milo Sirkit Terengganu

Sabtu lalu telah berlangsungnya Hidup Bola Milo Sirkit Terengganu bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 16 Tahun.

Jumlah penyertaan bagi Bawah 12 Tahun sebanyak 24 pasukan manakala Bawah 16 Tahun sebanyak 54 pasukan.

Bagi kategori Bawah 12 Tahun pasukan CJ FC A menunjukkan aksi cemerlang dengan mengalahkan pasukan AT Warriors dengan jaringan 3-0 di separuh akhir dan KAZA JR dengan jaringan 2-0 di perlawanan akhir.

Manakala, di tempat ketiga bersama adalah pasukan NAG FC dan AT Warriors.

Dalam kategori ini, pemain terbaik telah diberikan kepada Mohd Khairul Ikhwan manakala penjaga gol terbaik diberikan kepada Mohd Alif Iman.

Bagi kategori Bawah 16 Tahun pula, perlawanan sengit di final antara dua pasukan menyaksikan pasukan KAZA A berjaya menewaskan pasukan Familia FT A dengan jaringan 1-0 untuk dinobatkan juara di Terengganu.

Pemain terbaik dalam perlawanan ini diberikan kepada Muhamad Nazmi Haikal manakala penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Muhd Aiman Zainal Abidin.

Keputusan penuh Hidup Bola Milo Terengganu:
Bawah 12 Tahun
Juara : CJ FC A
Naib Juara : KAZA JR
Ketiga Bersama : NAG FC & AT Warriors

Bawah 16 Tahun
Juara : KAZA A
Naib Juara : Familia FT A
Ketiga Bersama : Ally B & Primer Kelate B