Hidup Bola Milo Sirkit Sarawak

Sabtu lalu telah berlangsungnya Hidup Bola Milo sirkit Sarawak bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 16 Tahun.

Jumlah penyertaan bagi Bawah 12 Tahun sebanyak 30 pasukan manakala Bawah 16 Tahun sebanyak 40 pasukan.

Bagi kategori Bawah 12 Tahun pasukan Sanaz FC A menunjukkan aksi cemerlang dengan mengalahkan pasukan Kanoli Tiger dengan jaringan 2-0 di separuh akhir dan Axis Academy A dengan jaringan 3-0 di perlawanan akhir.

Manakala, di tempat ketiga bersama adalah pasukan Velocity dan Kanoli Tiger.

Dalam kategori ini, pemain terbaik telah diberikan kepada Muhd Asyraf Ezany Bin Sabu manakala penjaga gol terbaik diberikan kepada Muhammad Aniq Aiman Bin Yusri.

Bagi kategori Bawah 16 Tahun pula, perlawanan sengit di final antara dua pasukan menyaksikan pasukanLariwoo FT A berjaya menewaskan pasukan ZYZ Putera C dengan jaringan 4-2 untuk dinobatkan juara di Sarawak.

Pemain terbaik dalam perlawanan ini diberikan kepada Zarmin Ashraf dari pasukan Lariwoo FT A manakala penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Awang Zairullah dari pasukan ZYZ Putera C.

Selepas ini Hidup Bola Milo akan diteruskan di Perlis pada 8 September ini.

Keputusan penuh Hidup Bola Milo Sarawak:

Bawah 12 Tahun
Juara : SANAZ FC A
Naib Juara : AXIS ACADEMY A
Ketiga Bersama : VELOCITY & KANOLI TIGER

Bawah 16 Tahun
Juara :LARIWOO FT A
Naib Juara : ZYZ PUTERA C
Ketiga Bersama : ADLER & CAMPO-CAMPO FC