Hidup Bola Milo Sirkit Perlis

Sabtu lalu telah berlangsungnya Hidup Bola Milo Sirkit Perlis bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 16 Tahun.

Jumlah penyertaan bagi Bawah 12 Tahun sebanyak 36 pasukan manakala Bawah 16 Tahun sebanyak 51 pasukan.

Bagi kategori Bawah 12 Tahun pasukan ERY KMY A menunjukkan aksi cemerlang dengan mengalahkan pasukan PKNK MILO B dengan jaringan 3-0 di separuh akhir dan PKNK MILO B dengan jaringan 3-1 di perlawanan akhir.

Manakala, di tempat ketiga bersama adalah pasukan CJ FC A dan PKNK MILO B.

Dalam kategori ini, pemain terbaik telah diberikan kepada M. Rusyaidi Bin Mohd Nazri manakala penjaga gol terbaik diberikan kepada M. Iqbal Bin Hussain.

Bagi kategori Bawah 16 Tahun pula, perlawanan sengit di final antara dua pasukan menyaksikan pasukan Mansrina FC berjaya menewaskan pasukan CIMB Kids Jitra A dengan jaringan 5-2 untuk dinobatkan juara di Perlis.

Pemain terbaik dalam perlawanan ini diberikan kepada Mohd Fazrul Bin Fauzi manakala penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Mohd Haikal Rizman Bin Hamran.

Keputusan penuh Hidup Bola Milo Perlis:
Bawah 12 Tahun
Juara : ERY KMY A
Naib Juara : PKNK MILO A
Ketiga Bersama : CJ FC A & PKNK MILO B

Bawah 16 Tahun
Juara : MANSRINA FC
Naib Juara : CIMB KIDS JITRA A
Ketiga Bersama : TANDOP CITY C & SELATAN RANGERS B