Helday Idang Wakil Tunggal Negara Di Kejohanan Futsal AFC

Dua hari lagi bakal bermulanya kejohanan futsal AFC 2016 di Uzbekistan dimana ia akan berlangsung pada 10 hingga 21 januari ini. Seperti kita tahu pasukan futsal negara juga turut serta di dalam kejohanan ini dimana mereka yang menjadi naib johan pusingan kelayakan di peringkat Asean ditempatkan di dalam kumpulan D.

Jika dilihat diatas kertas sedikit sukar untuk pasukan kebangsaan untuk melepasi peringkat kumpulan apabila mereka diletakkan bersama pasukan Jepun, Australia dan juga Qatar. Namun jika dilihat dari persiapan pasukan kendalian Coach Marcelo ini pasukan futsal negara mampu membuat satu kejutan di kejohanan ini.

Apa yang menarik di kejohanan ini adalah, salah seorang pengadil dari Malaysia turut terpilih untuk menjadi pengadil rasmi di kejohanan ini. Seramai 16 nama telah dikeluarkan oleh pihak AFC dan seorang wakil tunggal pengadil dari Malaysia turut tersenarai. Pengadil yang dimaksudkan itu adalah Helday Idang. Satu nama yang tidak asing bagi arena futsal di Malaysia.

12645161_10207781411285757_7516795447054767537_n

Tahniah kami ucapkan kepada beliau dan semoga berjaya buat beliau dan pasukan futsal negara.

Senarai Nama Pengadil Kejohanan Futsal AFC 2016
1. Colley Christopher Daniel (Australia)
2. An Ran (China PR)
3. Liu Jianqiao (China PR)
4. Lee Po‐Fu (Chinese Taipei)
5. Arzpeyma Mohammreh Vahid (Iran)
6. Hasan Mousa Al‐Gburi (Iraq)
7. Hawkar Salar Ahmed (Iraq)
8. Kozaki Tomohiro (Japan)
9. Kobayashi Hiroyuki (Japan)
10. Husein Mahmoud Khalaileh (Jordan)
11. Bukuev Nurdin (Kyrgyzstan)
12. Helday Idang (Malaysia)
13. Rey Ritaga Martinez (Philipines)
14. Maiket Yuttakon (Thailand)
15. Khamis Hassan Alshamsi (United Arab Emirates)
16. Truong Quoc Dung (Vietnam)

 

KREDIT FOTO : Google.com