Harapan Sabah Mampu Untuk Melangkah Ke Peringkat 'Grand Final' Liga Felda Kebangsaan 2015

Ikuti termuramah Crew AFM bersama - Jurulatih Sabah Azman Soaibah

1501693_1526832937590579_9143763745450353538_n

Arena : Firstly, pihak AFM ingin mengucapkan tahniah kepada coach serta Skuad Sabah kerana layak menyertai pasukan-pasukan terbaik di Malaysia untuk bertanding di Liga Felda Kebangsaan 2015 yang akan membuka tirai tidak lama lagi.
Coach Azman : Terima kasih.

Arena : Macam mana persiapan skuad Sabah untuk menghadapi LFK 2015 yang akan berlangsung tidak lama lagi?
Coach Azman : Persiapan setakat ini berjalan dengan lancar,latihan bermula sejak Oktober 2014 hingga ke hari ini. Persiapan kali ini menunjukkan pasukan dan pemain lebih positif.

Arena : Harapan atau target Skuad Sabah untuk LFK 2015?
Coach Azman : Harapan mampu melangkah ke peringkat "Grand Final" serta mampu menyaingi pasukan lain. Sekurang-kurangnya memperolehi mata setiap perlawanan.

Arena : Selain pemain pemain yang telah bermain untuk kelayakan baru baru ini, ada lagi tak pemain pemain baru yang akan diserap masuk ke dalam skuad Sabah 2015?
Coach Azman : Majoriti pemain kali ini merupakan muka baru hasil gabungan semula pemain lama yang bermain dengan PBSMM dan Quilmes pada cabaran LFK2013/2014. Ya, segelintir ada pemain baru.

Arena : Selain Iwan Bakri yang pernah bermain untuk negara(Malaysia), siapa lagi pemain yang menjadi taruhan terbaik Coach untuk tahun ini?
Coach Azman : Safar Mohammad (bekas pemain Malaysia), Sharul Nizam@Adam (call up Malaysia selection) dan Iftitah Ahmad (Quilmes Player 2013/2014)

Arena : Bagaimana pandangan Coach secara peribadi tentang pemain Mohd Faizal Abdul Rahman@ Ijal, Duta Sukan jenama figos dan pemain yang pernah bermain untuk PBSMM tahun lepas dan tahun ini kembali pada pasukan Sabah?
Coach Azman : berpotensi menjadi pemain yang mampu merobek pertahanan lawan serta menjadi nadi pasukan Sabah.

Arena : Akhir sekali, pasukan mana rasanya yang bakal memberi saingan yang hebat kepada pasukan Sabah dalam Liga Felda Kebangsaan kali ini?
Coach Azman : Saya berpendapat semua pasukan kali ini mampu memberi saingan. Rasanya sudah pasti Felda dan MPSJ adalah 2 pasukan yang menjadi saingan kerana di barisi oleh pemain kebangsaan.
Arena : terima kasih Coach kerana memberi masa dan ruang untuk di temubual oleh AFM.
Coach Azman : sama-sama.