Hamizan Abdul Halim Bakat Baru Futsal Sarawak

10917413_10153086109207147_6759204569886093689_n

Sungguhpun telah beberapa tahun Sarawak tiak menghantar wakil ke Liga Futsal Kebangsaan namun tidak pernah putus bakat-bakat baru dalam sukan futsal dilahirkan di Bumi Kenyalang.

Salah seorang darpadanya ada Hamizan Abdul Halim yang berasal dari Kuching. Diasah bakatnya sejak berada di bangku sekolah dengan menyertai kejohanan-kejohanan futsal amatur di sekitar Bandaraya Kuching mewakili pasukan De'Rieza KTT.

Hamizan muncul pemain muda yang menyerlah sehingga berjaya menempatkan diri dalam skuad Liga IPT Politeknik Kuching Sarawak untuk 2 musim dan mengetuai pasukan bawah 21 futsal Sarawak dalam Kejohanan Sukan Persahabatan BIMP-EAGA ke 8 di Wilayah Persekutan Labuan pada Disember 2014.

Baru berusia 20 tahun, Hamizan dilihat mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan futsal dan tidak mustahil akan muncul sebagai "bintang" dalam pembikinan di negara kita amnya dan di Negeri Sarawak khasnya.

Profil (Duta Figos Sarawak)
------------------------------
Nama: Hamizan bin Abdul Halim
Nama Panggilan: Mijan/Ajan
Negeri: Sarawak
Pencapaian:
1. De'Rieza KTT (KSR KTT) - Juara Futsal Piala Sarawak 2014
2. Politeknik Kuching Sarawak - Liga IPT 2013 & 2014
3. Pasukan Futsal bawah 21 Sarawak - Sukan Persahabatan BIMP-EAGA 2014