Hafiz tidak percaya nama diumum.

Sejurus nama beliau diumum sebagai pemain paling bernilai Liga Super 2016 beliau seakan tidak percaya namun atas usaha dan gaya permainan beliau yang sering memberikan kesukaran buat pihak lawan pemain dari UiTM ini Mohammad Hafiz Bin Ramle telah dinobatkan sebagi pemain paling bernilai.

Bermulanya bermain futsal sebagai hobi telah membawa beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Hafiz yang berasal dari Seri Manjung ,Perak ini pernah bersama-sama pasukan SUKMA Pulau Pinang yang menjuarai acara futsal pada tahun SUKMA 2013.  

 Selepas kejayaan tersebut beliau telah dipanggil untuk mewakili pasukan Penang FA di Liga Futsal Kebangsaan.

c9c6bf63-a20c-4700-8259-ee4ae9fa617a

Ikuti temubual wartawan Arena Futsal Malaysia bersama pemain muda berumur 22 tahun ini.

AFM : Tahniah kerana berjaya mendapat anugerah pemain paling bernilai boleh anda komen sedikit mengenai pencapaian ini?

MH : pertama sekali alhamdulillah atas rezeki yang tuhan bagi. Saya sebenarnya tak menjangka boleh mendapat anugerah ni. Saya sangat terkejut apabila nama yang diumumkan itu adalah nama saya. Anugerah ini sebenarnya tidak akan saya dapat tanpa bantuan rakan rakan sepasukan saya. Terima kasih kepada mereka dan anugerah ini akan memberi satu semangat kepada saya untuk terus berusaha dengan lebih baik bagi meningkatkan mutu permainan saya untuk membantu pasukan pada masa akan dtg.

AFM : Pasukan UiTM berjaya peroleh kejuaraan buat kali kedua berturut-turut dan kali kelima secara keseluruhan. Boleh anda komen sedikit?

MH : Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada coach dan rakan sepasukan kerana dapat mengekalkan gelaran juara buat kali kedua ini. Penat lelah dan usaha kami alhamdulillah membuahkan hasil. Berkat doa, keberkatan dan persefahaman satu kumpulan membuatkan kami menjadi satu pasukan yang berwibawa.

AFM : Difahamkan pada pusingan pertama anda masih belum bermain untuk pasukan ini dan telah dipanggil untuk menguatkan pasukan di pusingan kedua ini. Adakah kehadiran anda membantu pasukan ini?

MH : Sejujurnya saya tidak pernah jangka untuk dapat bermain dengan pasukan ini. Peluang kedua yang telah diberi oleh saya ini saya telah memanfaatkan sebaik mungkin. Banyak sebenarnya yang saya dapat belajar dari sini. Terima kasih buat pihak pengurusan dan rakan sepasukan yang telah membuka ruang buat saya dan banyak memberi tunjuk ajar. Saya pernah dipanggil pada tahun lalu untuk kejohanan MASUM namun kecederaan yang dialami terpaksa saya tolak tawaran tersebut.

AFM : Harapan anda untuk diri anda dan pasukan menjelang Piala KFIPT hujung bulan ini?

MH : Harapan saya agar saya dapat terus meningkatkan mutu permainan dan terus membantu pasukan dan untuk piala KFIPT saya berharap pasukan futsal UiTM akan terus berusaha untuk mendakap piala kfipt ini. Insyaallah.

image2-1