Futsal UM Open 2015 Berlangsung Meriah

132 pasukan terdiri dari empat kategori iaitu 28 pasukan kategori terbuka lelaki, 25 pasukan kategori wanita, 52 pasukan kategori lelaki bawah 20 tahun & 27 pasukan kategori pelajar lelaki berentap di Futsal UM Open 2015 yang julung-julung kali diadakan Universiti Malaya.

Ajib Bin Hashim selaku Pengarah Kejohanan berkata objektif penganjuran kali ini adalah bertujuan penjenamaan FUMO yang dianjurkan sendiri oleh pihak Universiti Malaya selain memperkenalkan fasiliti kepada umum. Sebelum ini Universiti hanya ada 5 gelanggang bersaiz FIFA dan kali ini pihak pengurusan Universiti Malaya menambah dua lagi gelanggang FIFA menjadikannya kini sebanyak 7 gelanggang FIFA.

Kejohanan seperti ini bakal diteruskan pada masa hadapan dan pihak pengurusan akan menganjurkan kejohanan seperti ini pada setiap tahun. Profesor DR. Faisal Fafiq selaku TNC Pembangunan dan Penaung FUMO berkesempatan hadir untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang

Berikut merupakan senarai pemenang Futsal UM Open 2015 (FUMO 15) :

Kategori Bawah 20
-----------------------------
Juara - GBFC
Naib Juara - Fasolla FC
Ketiga - CBFC
Keempat - Mujibur FT

Pemain Terbaik - Mohd Farhan Baahrim

Kategori Wanita
------------------------
Juara - REM FC
Naib Juara - Southern Kickers
Ketiga - Putra Ria FC
Keempat - Ronggeng FC

Pemain Terbaik - Farahiyah Ridzuan

Kategori Pelajar
------------------------
Juara - Politeknik Pahang
Naib Juara - RTG Badboyz
Ketiga - UM Werewolf
Keempat - AUFC

Pemain Terbaik - Mohd Khairul Irfan Rusidi

Kategori Terbuka Lelaki
------------------------------------
Juara - Brabus United
Naib Juara - KSMR Parlimen Kangar A
Ketiga - Court Siment FC
Keempat - MBPP

Pemain Terbaik - Mohd Hassan Mohd Seed