Futsal Asia bakal menjadi pesaing utama di peringkat dunia.

Satu inisiatif telah diambil oleh persatuan AFC untuk meningkatkan pembangunan futsal di Asia apabila mereka telah mengadakan 3 seminar yang membabitkan tenaga pengajar/jurulatih dari seluruh asia. Acara tahunan ini meliputi dua bahagian iaitu teori dan juga pratikal dimana kesemua jurulatih yang terlibat ini akan mempraktikkan kesemua teori yang dibincang di dalam sesi praktikal yang berlangsung di KLFA, Kuala Lumpur.

3 seminar telah berlangsung selama dua minggu bermula dengan AFC Futsal Elite Instructors Seminar (April 11-13), AFC Futsal Fitness Instructors Seminar (April 14-16) dan juga Futsal Goalkeeping Instructors Seminar (April 18-20). Ketiga-tiga seminar ini telah dikendalikan oleh 3 tenaga pakar iaitu FIFA Instructor Vic Hermans, Fitness instructor dari Brazil, Eliney Silvo Melo, UEFA Goalkeeper Instructor Dusan Matic dan juga Ketua Pembangunan Futsal dan Bola Sepak Pantai AFC, Ali Targholizadeh.

AFC Futsal Goalkeeping Instructors' Seminar 2016

Menurut artikel yang dipetik dari laman web AFC :

Ketua Setiausaha AFC Dato 'Windsor John, yang bercakap kepada kesemua peserta ini, AFC mahu menghasilkan pengajar bertaraf dunia untuk pembangunan futsal.

"Seminar ini berfungsi untuk memberi pendedahan yang baru kepada tenaga pengajar/jurulatih untuk meningkatkan permainan dan ilmu mereka ke tahap yang lebih tinggi," katanya. "Perkembangan ini, serta pertandingan yang telah disertai, telah menaikkan taraf futsal di sini, di Asia. Tetapi kita tidak akan berpuas hati dengan kejayaan yang telah dicapai dan kami berusaha untuk sentiasa memperbaiki kesilapan yang berlaku.

"Seminar ini membolehkan anda belajar daripada pakar-pakar futsal terkemuka di Asia. Saya percaya bahawa pengetahuan ini dapat dikongsikan bersama jurulatih dan pasukan lain di setiap negara dan akan memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta. Apabila anda pulang ke tempat asal, ia akan menjadi tanggungjawab anda untuk memindahkan pengetahuan itu kepada jurulatih lain. "

Disamping itu Ketua Pembangunan Futsal dan Bola Sepak Pantai AFC, Ali Targholizadeh turut mengulas bahawa fitness instrustor seminar juga amat penting dimana fitness amat diperlukan bagi permainan futsal ini.

" AFC telah bekerja keras kepada pembangunan futsal selama bertahun-tahun , dan kami melakukan banyak perbincangan mengenai topik berkaitan futsal di dalam seminar itu dan saya gembira dengan pertukaran idea oleh jurulatih yang terlibat.

AFC Futsal Goalkeeping Instructors' Seminar 2016

"Setiap tahun kita telah menyaksikan kemajuan yang ketara di Asia dan futsal telah menjadi salah satu daripada sukan yang popular. Seminar ini memainkan peranan yang besar dalam pembangunan futsal dan ia akan membantu kita merapatkan jurang antara Asia dan Eropah.

"Kita juga membaca berita bahawa India telah memulakan Liga Futsal mereka. Seperti yang anda lihat sukan ini berkembang dengan pesat di Asia dan tugas kami AFC akan melakukan yang terbaik untuk membantu semua yang terlibat dalam sukan ini.

Foto Kredit : AFC

futsal elite instr seminar 2016 group (1)futs fit instr crse 201613043346_951530941628551_3877605527656854423_n