Fokus ! Ayuh Malaysia

Perlawanan terakhir pasukan Harimau Malaysia menentang Myanmar pada 3 petang ini (waktu Malaysia) dijangka akan berlangsung dengan sengit.

Kedua-dua pasukan ini sudahpun mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir, namun mereka akan bersaing untuk merebut johan kumpulan B.

Jika mengikut atas kertas johan kumpulan B akan menentang Timor Leste ataupun Brunei manakala naib johan akan bertemu juara bertahan Thailand.

Namun itu semua bergantung kepada keputusan pertemuan Thailand dan Brunei yang akan berlangsung pada jam 8 malam ini.

Melihat dari corak permainan pasukan Myanmar mereka gemar untuk bertahan dan melakukan serangan balas kepada pasukan lawan dan strategi tersebut berjaya membantu mereka menang ke atas pasukan Laos dan juga Indonesia.

Ayuh Malaysia. !